• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Yakin Selesai Projek Naik Taraf 436 Klinik Daif Tahun Ini

oleh AK-47
17/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Yakin Selesai Projek Naik Taraf 436 Klinik Daif Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Kesihatan (KKM) yakin dapat menyelesaikan semua projek naik taraf membabitkan 436 klinik daif di seluruh negara penghujung tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, projek naik taraf yang melibatkan jumlah peruntukan RM100 juta, telah bermula dan sudah ada beberapa projek yang telah disiapkan.

“Untuk tahun ini, 436 klinik ini telah dikenal pasti untuk dinaik taraf dan KKM akan memastikan kesemua projek ini disiapkan dalam tahun ini seterusnya memberikan keyakinan kepada Perdana Menteri untuk meluluskan peruntukan untuk tujuan yang sama pada tahun hadapan.

Kalau ada penjimatan daripada projek-projek yang telah dikenal pasti ini, pihak KKM akan menambah beberapa lagi klinik daif untuk dinaik taraf,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Klinik Kesihatan Bandar Perda di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pembangunan kemudahan dan infrastruktur kesihatan merupakan agenda yang perlu diberi perhatian kerana keperluan dan kehendak masyarakat terutamanya permintaan kepada akses kesihatan yang lebih baik sentiasa meningkat setiap masa.

Dalam hal ini, beliau berkata, KKM komited melaksanakan amanah bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur fasiliti kesihatan di seluruh negara.

“Di Pulau Pinang, selain daripada projek Klinik Kesihatan Bandar Perda yang berada di dalam Daerah Seberang Perai Tengah ini, KKM dan Jabatan Kerja Raya sedang giat menyiapkan dua lagi klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Air Putih di dalam Daerah Barat Daya dan Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara di dalam Daerah Seberang Perai Selatan yang masing-masing menelan belanja sebanyak RM30 juta.

Selain itu, kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2023 juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi membina Klinik Kesihatan dan Kuarters Integrasi Mak Mandin di dalam Daerah Seberang Perai Utara,” katanya.

Katanya, usaha ini akan dapat mempertingkatkan perkhidmatan di peringkat penjagaan kesihatan asas dan seterusnya membantu mengurangkan kesesakan di hospital-hospital kerana rawatan awal dan ringan dapat dibuat di klinik-klinik kesihatan terlebih dahulu.

Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan untuk Klinik Kesihatan Bandar Perda sebanyak RM150,000 bagi kerja-kerja naik taraf dan pembaikan serta pembelian perlatan perubatan dan bukan perubatan.

-Sinar Harian

Tags: KKMKlinik DaifProjek Naik Taraf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd