• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kitab Fekah, Tauhid Tertua Di Malaysia

oleh Mohd Arshad
08/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kitab Fekah, Tauhid Tertua Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Penemuan kitab fekah, Siratul Mustaqim dan tauhid, Durr al-Faraid yang berusia lima abad membuktikan usaha ulama terdahulu memakmurkan orang Melayu dengan dakwah Islam telah lama wujud.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kedua-dua kitab itu adalah yang tertua dalam bidang fekah dan tauhid yang ditemui dalam bahasa Melayu setakat ini. Siratul Mustaqim dan Durr al-Faraid ditulis Syeikh Nuruddin ar-Raniri pada 1634 dan 1630.

Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah ulama berbangsa campuran Arab dan Melayu, dilahirkan di Ranir, India. Ayahnya berbangsa Arab, manakala ibunya Melayu.

Menurut pengkaji sejarah, Wan Ahmad Arshad, 57, jika kitab ini tidak ditulis pada abad ke-16, mungkin pada abad ke-18 dan 19 baru ada kitab fekah dan tauhid dalam bahasa Melayu yang ditulis ulama lain.

Tanpa kitab berkenaan, katanya, jurang ilmu yang wujud pada ketika itu sangat besar, iaitu beratus tahun.

“Malah kamus Melayu Arab yang ditemui di Malaysia adalah pada 1920. Maknanya usaha menyampaikan dakwah dalam bahasa Melayu kepada masyarakat tempatan telah lama wujud.

“Saya tidak menafikan wujud ulama terdahulu, terutama dari Kedah, Terengganu dan Kelantan menulis kitab, tetapi keberadaan kitab berkenaan tidak dapat dikesan.

“Ada satu naskhah kitab tauhid yang ditulis ulama Kedah ditemui, tetapi hanya satu muka surat yang ada, selebihnya tidak dijumpai. Setakat ini, melalui semakan di perpustakaan negara, ini adalah kitab tertua malah lebih tua daripada yang tersimpan di perpustakaan negara,” katanya kepada BH.

Beliau menjelaskan, Siratul Mustaqim dan Durr al-Faraid juga lengkap dalam bentuk berjilid dari muka surat hadapan sehingga belakang.

Menurut pemilik Galeri Pusaka Moyang ini, kedua-dua kitab itu adalah warisan turun-temurun keluarganya, malah beliau juga mempunyai senaskhah al-Quran dipercayai berusia 709 tahun.

“Signifikan penemuan ini adalah pada waktu dahulu, orang Melayu tidak mempunyai pengetahuan bahasa Arab dan apabila naskhah ini di ditulis oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri, ia memberi manfaat kepada keseluruhan masyarakat Melayu.

“Untuk mendapatkan ilmu daripada ulama terdahulu, bayangkan pula kitab Melayu fekah dan tauhid yang seterusnya ditulis, katakanlah pada awal abad ke-19, jika dibiarkan, akan berlaku kelompongan selama 400 tahun di situ,” katanya.

Wan Ahmad berkata, proses menentukan usia kitab memakan masa agak lama kerana beliau tidak mahu melakukan tuntutan tanpa bukti dan juga fakta.

“Kita ada melakukan semakan dengan beberapa pakar sebelum dibawa ke Perpustakaan Negara untuk melihat adakah tarikh dan penceritaan dalam kitab itu selari. Maksudnya kandungannya tepat dengan dengan masa kitab itu ditulis.

“Selain itu, kita boleh lihat kertas yang digunakan mereka ada tera air tersendiri. Selepas abad ke-17, sebarang buku yang ditulis mempunyai tera air bagi menunjukkan keunikan syarikat yang menerbitkan buku terbabit.

“Pentarikhan radiokarbon juga digunakan untuk menyemak usia buku ataupun kitab lama,” katanya.

BHonline-

Tags: kitab fekahMalaysiatauhidtertua
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd