• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

oleh Mohd Arshad
02/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI: Iran menangguhkan untuk menghantar duta baharu mereka ke Sweden sebagai protes terhadap pembakaran al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, kata Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rabu lalu, seorang lelaki bertindak mengoyak dan membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm iaitu hari pertama cuti perayaan Aidiladha bagi umat Islam.

Polis Sweden mendakwa, lelaki yang membakar kitab suci al-Quran itu mempunyai kaitan dengan pergolakan terhadap kumpulan etnik atau kebangsaan.

Kementerian Luar Iran juga menggesa Sweden untuk mengutuk insiden terbabit sebagai penghinaan terhadap kesucian Islam.

“Walaupun prosedur pentadbiran untuk melantik duta baharu ke Sweden tamat, proses penghantaran duta itu ditangguhkan kerana kerajaan Sweden bertindak mengeluarkan permit bagi mencemarkan al-Quran,” kata Amirabdollahian dalam ciapannya di Twitter.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa lama Iran akan menahan diri daripada menghantar duta ke Sweden.

Sementara itu, polis Sweden sudah menolak beberapa permohonan bagi demonstrasi anti-Quran dan mahkamah juga menolak keputusan berkenaan dan mengatakan perkara terbabit sudah melanggar kebebasan bersuara.

Dalam permit itu, polis Sweden berkata walaupun ia mungkin akan mengakibatkan dasar luar, risiko keselamatan dan kesan yang dikaitkan dengan pembakaran al-Quran bukanlah sifat sedemikian sehingga permohonan berkenaan perlu ditolak.

BHonline-

Tags: Al-QuranbakarIranSweden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd