• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelombang Sokongan PN Semakin Reda

oleh AK-47
04/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Gelombang Sokongan PN Semakin Reda
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Parti Keadilan rakyat (PKR) menangkis dakwaan kononnya terdapat gelombang peralihan undi dan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri dijangka bulan depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, data awal kajian sehingga Jun lalu menunjukkan sokongan kepada PN semakin reda dan mendapati persaingan sengit akan berlaku di Kedah dan Kelantan.

Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi berkata, data tersebut meunjukkan bahawa pada PRN ini, pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berada dalam keadaan selesa.

“Data kajian tersebut akan didedahkan dalam masa terdekat menjelang PRN,” katanya kepada bemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Ekonomi Bersama Warga Kementerian Ekonomi, di sini pada Selasa.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 26 Jun lalu, mendakwa gelombang PN yang berlaku pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan berterusan pada PRN di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Semalam, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor serta Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing.

SPR memaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk membincangkan tarikh-tarikh penting PRN di enam negeri berkenaan.

-Sinar Harian

Tags: Gelombang SokonganPNRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Tidak Kompromi Pegawai Terlibat Rasuah

Next Post

LRT3 Dijangka Operasi 18 Bulan Lagi

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

Next Post
LRT3 Dijangka Operasi 18 Bulan Lagi

LRT3 Dijangka Operasi 18 Bulan Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd