• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Gaji Progresif Dibentang Ke MTEN 7 Ogos

oleh AK-47
28/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dasar Gaji Progresif Dibentang Ke MTEN 7 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Dasar atau model gaji progresif akan dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) 7 Ogos ini bagi mendapatkan keputusan dasar sebelum ia boleh dilaksanakan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bercakap kepada media selepas Majlis Pengumuman Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 di sini hari ini, beliau berkata, perbincangan antara kementerian terbabit sudah selesai.

“Apabila keputusan dasar telah diperoleh maka kita boleh umumkan beberapa hala tuju yang utama mengenai gaji progresif,” katanya.

Rafizi berkata antara cadangan awal yang dipertimbang ialah kertas putih mengenai kedudukan gaji rakyat dibentang di Parlimen pada September depan manakala libat urus dan perbincangan antara pihak majikan dan pekerja dimulakan.

Beliau berkata, walaupun menyedari ada kebimbangan di pihak majikan bahawa pelaksanaan dasar gaji progresif akan menyebabkan kos operasi perniagaan meningkat, kerajaan yakin perkara itu akan dapat diatasi.

“Saya yakin apabila model atau dasar gaji progresif itu kita berjaya dapat keputusannya dan diumumkan konsepnya, majikan juga akan turut gembira.

“Pekerja mahupun majikan akan menerima baik model gaji progresif yang akan kita cadangkan selepas dapat keputusan dasar,” katanya.

Sebelum ini Rafizi berkata, dasar atau model gaji progresif akan dibangunkan secara bersama membabitkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sumber Manusia.

Sistem gaji progresif adalah peralihan daripada model pemberian upah minimum kepada kenaikan gaji secara berperingkat dan berfasa supaya setanding dengan pertumbuhan ekonomi negara.

-Harian Metro

Tags: Dasar Gaji ProgresifMTEN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kertas Putih Dasar Gaji Progresif Antara Strategi Tingkatkan Gaji Penengah

Kertas Putih Dasar Gaji Progresif Antara Strategi Tingkatkan Gaji Penengah

30/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif akan menjadi satu daripada strategi kerajaan meningkatkan gaji penengah pekerja, sekali gus...

Dasar Gaji Progresif Dibentang Dalam Belanjawan 2024

Dasar Gaji Progresif Dibentang Dalam Belanjawan 2024

24/08/2023
0

Kuala Lumpur : Dasar sistem gaji progresif diluluskan di peringkat Kabinet dan butirannya akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 pada Oktober...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd