• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bulan Kebangsaan 2023 Dilancar Hari Ini

oleh AK-47
16/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bulan Kebangsaan 2023 Dilancar Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Jalur Gemilang akan berkibar megah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini, hari ini, tanda bermulanya sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majlis pelancaran yang dijangka menggamit kira-kira 10,000 pengunjung itu akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia dijadualkan berlangsung pada 10 pagi ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.

Terdahulu seawal 6 pagi tadi, ribuan peserta 6,600 Langkah Perpaduan mula memenuhi venue itu bagi menyertai program yang dirasmikan pelepasannya oleh Fahmi pada 7.30 pagi ini.

Tumpuan kemudian akan terarah di pentas utama di mana acara simbolik pelancaran penuh semangat patriotisme akan berlangsung.

Ia termasuk upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian Lagu Negaraku diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara.

Selepas itu, Timbalan Perdana Menteri akan melepaskan konvoi Kembara Merdeka dan Jalur Gemilang 2023 yang akan menjelajah seluruh pelosok negara sempena menyambut bulan kemerdekaan.

Sempena pelancaran juga, turut diadakan Karnival Kita Madani dengan pelbagai aktiviti menarik iaitu Jualan Rahmah, pertandingan bintang patriotik, kuiz kenegaraan, persembahan artis dan pelbagai lagi.

Polis Diraja Malaysia pula akan membuka kaunter bayaran saman yang menawarkan pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus bermula dari 8.30 pagi hingga 3 petang ini.

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya, manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 September berlangsung di Kuching, Sarawak.

-Harian Metro

Tags: Bulan Kebangsaan 2023
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5,000 Sertai Larian, Berjalan 6,600 Langkah Perpaduan

Next Post

26 Maut Dalam Banjir, Tanah Runtuh Korea Selatan

Related Posts

No Content Available
Next Post
26 Maut Dalam Banjir, Tanah Runtuh Korea Selatan

26 Maut Dalam Banjir, Tanah Runtuh Korea Selatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd