• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakar Al-Quran: Riyadh Panggil Duta Sweden

oleh Mohd Arshad
03/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bakar Al-Quran: Riyadh Panggil Duta Sweden
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH: Arab Saudi memanggil duta Sweden ke negara itu bagi mengecam perbuatan membakar al-Quran di luar masjid Stockholm, yang mencetuskan tindak balas diplomatik di seluruh dunia Islam, lapor media kerajaan, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Negara yang menjadi rumah kepada tempat paling suci dalam Islam, Mekah dan Madinah itu, mengecam insiden pada Rabu lalu, membabitkan seorang warga Iraq yang tinggal di Sweden, Salwan Momika, 37, yang bertindak memijak kitab suci umat Islam itu dan membakar beberapa halaman muka surat.

Kementerian luar memanggil duta besar itu semalam bagi menggesa Sweden “menghentikan semua tindakan yang secara langsung bercanggah dengan usaha antarabangsa untuk menyebarkan nilai toleransi, kesederhanaan dan penolakan ekstremisme serta melemahkan rasa saling menghormati yang diperlukan untuk hubungan antara rakyat dan negara”, demikian laporan Saudi Press Agency.

Tindakan Momika membakar al-Quran dibuat tepat pada permulaan cuti Aidiladha dan berakhirnya ibadah haji tahunan di Arab Saudi, yang mencetuskan kemarahan meluas.

Negara lain, termasuk Iraq, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maghribi turut memanggil duta Sweden sebagai tanda protes.

Semalam, Iran berkata, ia menangguhkan penghantaran duta baharunya ke Sweden susulan insiden itu.

Pada mesyuarat luar biasa di ibu pejabatnya di Jeddah semalam, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berpangkalan di Arab Saudi menggesa langkah kolektif bagi mengelakkan insiden membakar Al-Quran pada masa hadapan.

Polis Sweden memberikan permit kepada Momika, selaras dengan perlindungan kebebasan bersuara, namun pihak berkuasa kemudian, berkata mereka membuka siasatan mengenai “pergolakan terhadap kumpulan etnik”, dengan menyatakan Momika membakar halaman muka surat kitab suci Islam.

Kerajaan Sweden mengecam tindakan Momika semalam dan menyifatkan ia sebagai “Islamofobia.”

UtusanOnline-

Tags: Arab SaudiBakar Al-QurandutaSweden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

Pakistan, Sweden Lapor Kes Pertama Mpox

Pakistan, Sweden Lapor Kes Pertama Mpox

16/08/2024
0

ISLAMABAD - Pihak berkuasa kesihatan Pakistan pada Jumaat mengesahkan kes pertama virus mpox membawa maut di negara itu setelah Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd