• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tuntut Muhyiddin Mohon Maaf, Bayar Pampasan RM200 Juta

oleh AK-47
21/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Anwar Tuntut Muhyiddin Mohon Maaf, Bayar Pampasan RM200 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pampasan RM200 juta daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memfitnahnya berhubung isu pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi dokumen balasan terhadap surat tuntutan Muhyiddin, peguam Datuk SN Nair yang mewakili Anwar turut menuntut permohonan maaf daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu di akhbar dan media pilihan anak guamnya.

Surat jawapan tuntutan oleh Anwar dibuat menerusi firma guamannya SN Nair & Partners dan dialamatkan kepada firma guaman, Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership yang mewakili Muhyiddin.

Selain itu, Ahli Parlimen Tambun ini menuntut Muhyiddin menarik balik surat tuntutan beliau dan kenyataan (yang didakwa) fitnah berhubung isu pelupusan hutang peneroka Felda serta-merta.

“Ia termasuk memadamkan komen yang menyinggung perasaan bersifat fitnah.

“Kami diarahkan oleh anak guam (Anwar) untuk menyatakan bahawa, jika kami tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh surat ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan perundangan terhadap Muhyiddin,” kata peguam itu menerusi surat yang dihantar kepada peguam mewakili Muhyiddin pada Jumaat.

Menurut Nair, kandungan surat Muhyiddin mengandungi dakwaan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu telah membuat kenyataan fitnah terhadap Muhyiddin berhubung pelupusan Felda itu ketika berucap pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Serdang pada 7 Julai lepas dan semasa dialog di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Julai lepas.

“Hakikatnya, anak guam kami yang telah melupuskan hutang Felda berjumlah RM8.3 bilion dan bukannya Muhyiddin.

“Ditegaskan oleh anak guam kami bahawa anak guam kamu (Muhyiddin) sememangnya adalah pihak yang tidak benar (untruthful) dan mengelirukan,” kata Nair.

Peguam Anwar itu turut menjelaskan, transkripsi yang dikemukakan dalam surat tuntutan Muhyiddin telah dipetik di luar konteks dan diputar belit semata-mata untuk memberi suatu gambaran yang tidak benar dengan niat memfitnah.

Susulan itu, beliau berkata, Anwar menegaskan bahawa Muhyiddin telah sengaja dan berniat jahat memfitnahnya dalam menerbitkan kenyataan-kenyataan tidak benar dan di luar konteks.

Pada Khamis, Muhyiddin mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Anwar berhubung kenyataan mengenai pelupusan hutang peneroka Felda, selain menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Perdana Menteri itu.

Susulan itu, Anwar turut mendedahkan sebahagian dokumen yang membuktikan beliau sudah menandatangani dokumen berkaitan Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA) serta penerbitan sukuk berjumlah RM990 juta sebagai jaminan kerajaan terhadap Felda.

Pada 7 Julai lalu, sempena Hari Peneroka, Anwar mendakwa langkah melupuskan hutang peneroka tidak dibuat oleh Kerajaan PN sebelum ini dan perkara itu berterusan sehingga beliau mengambil alih kerajaan.

Muhyiddin kemudian menafikan dakwaan Anwar itu dengan menyatakan pelupusan hutang peneroka sudah diselesaikan ketika pentadbirannya, dengan Ahli Parlimen Pagoh itu juga menuntut Anwar membuat permohonan maaf secara terbuka.

-Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMuhyiddin Yassinpampasan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gadis Cuba Bunuh Diri Selepas Dimarahi Ibu Bapa Leka Bermain Telefon

Next Post

UPSI Digesa Berperanan Tawar Kursus TVET Tahap Tinggi

Related Posts

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Next Post
UPSI Digesa Berperanan Tawar Kursus TVET Tahap Tinggi

UPSI Digesa Berperanan Tawar Kursus TVET Tahap Tinggi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd