• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

oleh AK-47
04/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang
Share on FacebookShare on Twitter

Pengendali perkhidmatan air di Lembah Klang, Air Selangor meluahkan harapan agar kerajaan mengkaji semula tarif air secepat mungkin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku ketua pegawai eksekutifnya, Abas Abdullah memberitahu pemberita bahawa tarif air perlu dinaikkan secara berperingkat bagi memastikan terdapat keseimbangan antara hasil dan perbelanjaan tahunannya.

Dia berkata Air Selangor mencatatkan RM2.45 bilion jumlah hasil tahun lalu berbanding lebih RM5.14 bilion dalam perbelanjaan operasi dan modalnya bagi tempoh yang sama.

Walaupun hasil tahun lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 12.38 peratus berbanding 2021 (RM2.18 bilion), jumlah perbelanjaan syarikat melebihi jumlah hasil.

“Di sebalik terdapat peningkatan dalam hasil, jumlah perbelanjaan (operasi dan modal) melebihi jumlah hasil, yang menunjukkan bahawa semakan tarif air selanjutnya adalah perlu bagi syarikat untuk mencapai kemampanan kewangan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Air Selangor membekalkan air kepada lebih sembilan juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketika ini, bayaran untuk pelanggan domestik adalah pada kadar 57 sen setiap meter padu untuk 20m³ pertama; RM1.03 untuk 15m³ seterusnya, dan RM2 untuk penggunaan melebihi 35m³.

Air Selangor tahun lalu menaikkan purata 20 sen bagi setiap meter padu bagi kategori pelanggan bukan domestik, termasuk di sektor industri dan perniagaan.

Abas berkata, ali terakhir syarikat itu menaikkan tarif air ialah pada 2006.

-Malaysia Kini

Tags: air selangorLembah Klangtarif air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

11/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melaksanakan penstrukturan semula di beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang...

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah RM7.5 juta ditemui dalam sebuah rumah yang diserbu pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd