• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pengedar Dadah Tersungkur, Dadah RM4.3 Juta Dirampas

oleh Mohd Arshad
20/07/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
4 Pengedar Dadah Tersungkur, Dadah RM4.3 Juta Dirampas
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tindakan licik sindiket pengedaran dadah membungkus pelbagai jenis dadah dalam pek jus minuman dan teh terbongkar selepas empat individu diberkas dalam tiga serbuan berasingan di Kluang dekat sini, Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam operasi bermula pada pukul 6.20 petang itu, kesemua suspek yang diberkas merupakan warga tempatan berusia antara 22 hingga 30 tahun.

Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah berjumlah RM4,304,551.90.

“Operasi khas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

“Modus operandi yang digunakan adalah menjadikan rumah teres dua tingkat yang disewa sebagai stor dan tempat pembungkusan semula dadah.

“Sindiket ini yang aktif sejak lapan bulan lalu akan membungkus barang terlarang ke dalam pek kecil bungkusan jus minuman dan teh sebelum diedarkan ke pusat-pusat hiburan dengan harga serendah RM150 sebungkus,”katanya pada sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M. Kamar.

Kamarul Zaman berkata, antara dadah yang dirampas ialah 54.33 kilogram (kg) serbuk ekstasi, pil eramin 5 (7,923 biji), pil ekstasi (6,564 biji), ketamin (1.22kg) dan ganja (346 gram).

Ujarnya, dalam operasi itu juga, pasukan polis turut merampas enam buah kenderaan termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V, Volkswagen Scirocco dan Golf serta Perodua Axia yang disyaki digunakan untuk mengedar dadah.

Katanya, selain itu pelbagai barang kemas bernilai RM12,339.09 serta wang tunai RM11,000 disita dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM4,759,890.99.

“Siasatan lanjut ke atas rekod jenayah ke atas suspek mendapati salah seorang daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah selain tiga individu didapati positif dadah jenis ketamin,”katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 18 hingga 24 Julai bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, bermula 1 Januari sehingga 17 Julai, JSJN Johor berjaya membuat tangkapan 9,368 individu atas pelbagai kesalahan jenayah serta merampas 3.39 tan dadah bernilai RM20.62 juta.

Kosmo-

Tags: pengedar dadahpengedaran dadahTERSUNGKUR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pengedar Dadah Dicekup, 54kg Ganja Dirampas

2 Pengedar Dadah Dicekup, 54kg Ganja Dirampas

18/07/2024
1

Serdang : Kegiatan dua lelaki mengedar ganja di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu ditumpaskan selepas ditahan pihak berkuasa...

Presiden Joe Biden Tersungkur Di Pentas

Presiden Joe Biden Tersungkur Di Pentas

02/06/2023
0

DENVER, Colorado – Presiden Joe Biden tersungkur semasa menghadiri majlis graduasi di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dalam negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd