• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wee Lepas Jawatan MCA Bahagian Selepas 30 Tahun

oleh AK-47
11/06/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Wee Lepas Jawatan MCA Bahagian Selepas 30 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong melepaskan jawatannya dalam MCA Bahagian Johor Bahru, selepas berkhidmat lebih 30 tahun bagi memberi laluan kepada generasi muda.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden MCA itu sebelum ini, menjawat jawatan sebagai Setiausaha MCA Bahagian itu selama 15 tahun, sebelum menjadi Ketua MCA Bahagian juga selama 15 tahun.

“Hari ini secara rasminya saya melepaskan jawatan di peringkat bahagian, agak sedih juga kerana telah berada di bahagian ini sejak saya bujang dan kali terakhir saya berucap di sini.

“Saya bermula dengan biro aduan awam MCA Bahagian, di mana saya terlibat menguruskan mangsa-mangsa penipuan, mangsa ah long dan lain-lain kes, sehingga menjadi Ketua Bahagian.

“Tetapi saya yakin dan percaya perlu adanya peralihan kepimpinan di peringkat bahagian, bagi meneruskan kesinambungan demi kesejahteraan masa depan parti,” katanya kepada pemberita selepas mengundi bagi pemilihan jawatan Ketua MCA Bahagian Johor Bahru yang diadakan di Dewan Jubli Intan, di Johor Bahru hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, MCA Bahagian Johor Bahru juga telah terbukti melahirkan ramai pemimpin prolifik, bukan sahaja di peringkat parti tetapi juga di dalam kabinet kerajaan seperti bekas Presiden MCA mendiang Tan Sri Lee San Choon dan bekas Pengerusi MCA Johor mendiang Datuk Freddie Long.

“Sehubungan itu, saya yakin MCA Bahagian Johor Bahru akan terus berjaya mencapai lebih banyak kejayaan pada masa depan,” tambahnya.

Menerusi pemilihan pagi tadi, jawatan Ketua MCA Bahagian Johor Bahru kini disandang Bong Seng Heng yang juga bekas Ketua Pemuda Bahagian itu, yang meraih 152 undi berbanding pencabarnya, Ang Boon Heng dengan 45 undi.

-Malaysia Kini

Tags: MCAMCA BahagianWee Ka Siong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: MCA Diberi Ruang Bertanding

PRN Sabah: MCA Diberi Ruang Bertanding

12/10/2025
0

KUALA SELANGOR: MCA diberi ruang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 (PRN17), kata Datuk Seri Dr Ahmad...

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong digesa memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan kenyataannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd