• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Bakar Al-Quran Sengaja Cetus Provokasi

oleh AK-47
30/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tindakan Bakar Al-Quran Sengaja Cetus Provokasi
Share on FacebookShare on Twitter

STOCKHOLM – Seorang lelaki yang membakar naskah al-Quran di luar masjid utama Stockholm pada Rabu, telah mendapat kecaman awal daripada Turkiye yang ketika ini ‘membekukan’ tawaran Sweden menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebelum ini, polis Sweden dikatakan memberikan permit untuk penganjuran protes tersebut selaran dengan perlindungan kebebasan bersuara, namun telah membuka siasatan terdapat lelaki berasal dari Iraq dengan alasan pergolakan etnik sedang berlaku di negara tersebut.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan menggelar pembakaran halaman naskah kitab suci umat Islam itu sebagai perbuatan ‘paling keji’.

“Ia tidak boleh diterima langsung untuk membenarkan tindakan anti-islam dengan alasan kebebasan bersuara,” kata Hakan sambil menuduh Sweden bersubahat dalam tindakan tersebut.

Sebelum ini, Turkiye menyekat tawaran keanggotaan Sweden dalam NATO kerana kegagalan Stockholm menumpaskan dan mengambil tindakan terhadap pemberontak Kurdish selain insiden pembakaran al-Quran di luar kedutaan pada Januari lalu.

Difahamkan pertemuan dengan diplomat tertinggi NATO dijadualkan pada 6 Julai depan di ibu pejabat NATO di Brussels, Belgium bila mana rakan sejawatan mendesak Turkiye memberi lampu hijau kepada Sweden menganggotai pertubuhan itu semasa sidang kemuncak berlangsung di Lithuania pada 11 hingga 12 Julai depan.

Salwan Momika, 37, yang melarikan diri ke Sweden beberapa tahun lalu telah meminta kebenaran polis membakar kitab suci itu dengan alasan ‘menyuarakan pendapat mengenai al-Quran’.

Semasa protes berlangsung, Salwan memberitahu agensi berita TT bahawa dia ingai menonjolkan ‘kepentingan kebebasan bersuara’.

Wartawan AFP melaporkan di lokasi kejadian, Salwan pada mulanya mengoyakkan beberapa helaian al-Quran lalu mengelap kasutnya. Dia kemudian meletakkan hirisan daging babi sebelum membakar kitab suci serta menendang seperti bola sepak.

Salwan memberitahu media Sweden pada Khamis bahawa dia akan melakukan perkara sama dalam tempoh 10 hari akan datang.

-Sinar Harian

Tags: Bakar Al-Quranprovokasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: Polis Kelantan Terima Dua Laporan Provokasi

PRN: Polis Kelantan Terima Dua Laporan Provokasi

12/08/2023
0

TUMPAT : Polis Kelantan menerima dua laporan melibatkan kes provokasi yang berlaku semasa tempoh akhir berkempen bagi Pilihan Raya Negeri...

Bakar Al-Quran: Riyadh Panggil Duta Sweden

Bakar Al-Quran: Riyadh Panggil Duta Sweden

03/07/2023
0

RIYADH: Arab Saudi memanggil duta Sweden ke negara itu bagi mengecam perbuatan membakar al-Quran di luar masjid Stockholm, yang mencetuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd