• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teringat Arwah Ibu Ayah, Andmesh Menangis Semasa Konsert Di KL

oleh Mohd Arshad
05/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Teringat Arwah Ibu Ayah, Andmesh Menangis Semasa Konsert Di KL
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suasana seisi dewan menjadi syahdu apabila penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng, 25, menitiskan air mata terkenang arwah ibu dan bapanya semasa konsert Andmesh Live in Kl di Dewan Plenary KLCC malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika menyanyikan lagu ‘Luka’ yang didedikasikan untuk arwah bapanya, suara Andmesh bergetar cuba menahan sebak apabila beberapa foto bapanya bermain di layar. Begitu juga semasa dia menyanyikan lagu ‘Hanya Rindu’ yang dibuat khas untuk arwah ibunya.

Menurut Andmesh, semasa ayahnya masih hidup, dia berharap anaknya akan bernyanyi di sebuah pentas besar dengan iringan pemuzik. Oleh itu, bapanya sangat tegas setiap kali mengajarnya cara bermain alat muzik dan bernyanyi.

Kini, buat pertama kalinya Andmesh mengadakan konsert di Malaysia sekaligus menjadi konsert perdananya di negara orang. Namun sayangnya, ibu dan bapanya sudah tiada untuk menyaksikan itu semua.

“Saya mencintai muzik kerana arwah ayah. Waktu kecil dia akan marah saya sekiranya salah bermain keyboard atau bernyanyi. Namun mama akan bela saya. Mereka begitu luar biasa.

“Walaupun mereka sudah tiada, tapi saya tetap merasakan mereka sedang menonton saya ‘dari sana’,” katanya.
Lebih meruntun perasaan, penyanyi itu turut membawa kedua orang adiknya ke atas pentas. Mereka berpelukan dan nangis bersama-sama.

Sejak orang tuanya meninggal, Andmesh bertanggungjawab mencari wang bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

“Adik-adik saya datang jauh dari Nusa Tenggara Timur untuk saya. Sejak orang tua saya sudah tiada, merekalah harta paling bernilai yang saya ada. Mereka menjadi alasan untuk saya terus tersenyum,” tambahnya.

Keheningan konsert bertukar ceria apabila Andmesh membuat sebuah panggilan video kepada sahabatnya yang juga penyanyi terkenal, Mahalini.

Rupanya lagu ‘Sial’ yang popular di Malaysia merupakan hasil ciptaan mereka berdua dengan kolaborasi bersama Mohammed Kamga.

“Aku rindu Malaysia. Nanti kita mesti bawakan Sial bersama-sama untuk peminat di Malaysia ya Andmesh. Ayuh, Sial 2.0,” jerit Mahalini daripada panggilan video berkenaan.

Dalam konsert yang berdurasi hampir tiga jam itu, Andmesh menyanyikan 15 lagu termasuklah lagu hitnya di Malaysia seperti Cinta Luar Biasa, Nyaman, Anugerah Terindah dan Andaikan Kau Datang Kembali yang merupakan runut lagu untuk filem Miracle in Cell No 7.

Turut hadir di konsert itu ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

UtusanOnline-

Tags: Andmesh KamalengklKLCCmenangis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

29/10/2025
0

HOMEDEC 2025 Kembali di KLCC:  Inspirasi Reka Bentuk dan Inovasi Rumah Di Bawah Satu Bumbung PAMERAN reka bentuk dan hiasan...

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd