• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saintis Turunkan Had Pemanasan Global Ke 1 Darjah Celsius

oleh Mohd Arshad
02/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Saintis Turunkan Had Pemanasan Global Ke 1 Darjah Celsius
Share on FacebookShare on Twitter

BARCELONA: Kadar signifikan bagi mengehadkan pemanasan global diturunkan kepada satu darjah Celsius (°C), berbanding 1.5°C seperti ditetapkan menerusi matlamat disokong kumpulan saintis, sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkembangan itu didedahkan menerusi hasil kajian diterbitkan jurnal ‘Nature’ minggu ini, memandangkan tahap pemanasan bumi meningkat kira-kira 1.2°C sejak era praindustri.

Ia antara lain turut menambah elemen ‘mengimbangi’ tahap pemanasan yang membawa kesan teruk dan meluas kepada manusia seperti kematian, perpindahan, penyakit kronik, selain kehilangan punca pendapatan, bekalan makanan dan air.

Kajian diketuai Suruhanjaya Bumi yang dianggotai kumpulan saintis mengenai kelestarian itu turut mendapati perubahan kekal terhadap sistem bumi, antaranya liputan ais dan terumbu karang boleh tercetus jika tahap pemanasan melepasi 1.5°C.

Pakar iklim merangkap pengarang bersama kajian berkenaan, Johan Rockstorm, berkata berpandukan prospek berkenaan, penting bagi penggubal dasar dan orang awam mengetahui keadaan bumi yang kini berada dalam keadaan sangat berisiko.

Beliau berkata, kajian sama turut mendapati kadar 1°C menyamai takrifan bahaya ketara yang akan menjejaskan jutaan orang, komuniti, dan wilayah secara kekal.

“Ini sekali gus menjadikan 1°C sebagai tahap maksimum pemanasan global. Terdapat banyak bukti saintifik mengenai kadar (pemanasan global) sebenarnya sudah melepasi had,” katanya yang juga Pengarah Institut Kajian Impak Iklim Potsdam.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia sebelum ini, berkata suhu purata global mungkin melebihi 1.5°C, iaitu matlamat ditetapkan menerusi Perjanjian Paris 2015 bagi menangani perubahan iklim dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Johan berkata, kadar pemanasan semasa mungkin sudah menjangkaui 2°C, selain memaklumkan tahap 1.5°C dicapai, pada 2015.

Beliau mengakui bimbang perdebatan mengenainya mungkin beralih untuk menetapkan kadar baharu kepada 2°C, selain menangguhkan tarikh akhir bagi sifar pelepasan pemanasan yang ditetapkan pada 2050.

BHonline-

Tags: darjah celsiusHad Pemanasan GlobalSaintis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Isu Sempadan Kedah-Pulau Pinang Untuk Tutup Kegagalan’

Next Post

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

Related Posts

Pesara Saintis Dakwa Temui Lokasi Bangkai Pesawat MH370

Pesara Saintis Dakwa Temui Lokasi Bangkai Pesawat MH370

20/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pesara saintis penyelidikan mendakwa sudah menemui lokasi bangkai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang ketika dalam...

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

08/09/2023
0

WASHINGTON - Saintis China telah berjaya mengembangkan buah pinggang mengandungi sel manusia dalam embrio babi, yang pertama di dunia yang...

Next Post
Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd