• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0

oleh AK-47
02/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin mengumumkan bahawa pengakuan sukarela menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 boleh dibuat bermula pada 06 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024. PKPS 2.0 ini merupakan inisiatif
HASiL untuk menyokong rukun kemampanan dalam pentadbiran percukaian negara seiring dengan konsep Malaysia Madani.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Program yang ditawarkan ini memberi peluang kepada pembayar cukai baharu dan sedia ada untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai mereka berteraskan konsep A.E.S (Awareness, Education, Services) yang diamalkan di HASiL.

PKPS 2.0 ini memberi peluang kepada pembayar cukai tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur selaras dengan ketetapan HASiL yang sedang berkuat kuasa serta menggalakkan pembayar cukai
membayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan.

PKPS 2.0 ini ditawarkan kepada semua kategori pembayar cukai (kecuali kategori fail majikan) di mana penalti yang ditawarkan adalah pada kadar 0 peratus.

Pengakuan sukarela ini hendaklah dibuat melalui kaedah berikut:

a. Bagi pembayar cukai baharu:

Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) / Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) perlu dikemukakan dalam tempoh pelaksanaan PKPS 2.0 sama ada secara e-Filing / e-CKHT atau manual.

b. Bagi pembayar cukai sedia ada:

i. Tidak mengemukakan BNCP / BNCKHT:

BNCP / BNCKHT perlu dikemukakan dalam tempoh PKPS 2.0 sama ada secara e-Filing / e-CKHT atau manual.

ii. Telah mengemukakan BNCP namun terdapat pendapatan yang tidak dilaporkan:

Pengakuan sukarela perlu dikemukakan melalui pautan PKPS 2.0 di portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my / MyTax dengan menggunakan Borang Pelaporan Pertambahan Pendapatan PKPS 2.0 dan pengiraan cukai.

Pengiraan cukai hanya perlu dikemukakan oleh pembayar cukai kategori fail syarikat, perniagaan dan perkongsian.

c. Bagi pengakuan sukarela yang melibatkan isu harga pindahan, Borang Pengakuan Sukarela Bagi Kes Harga Pindahan boleh dimuat turun dari portal rasmi HASiL.

Borang yang telah lengkap diisi berserta lampiran perlu dikemukakan kepada pejabat HASiL yang mengendalikan fail pembayar cukai atau ke pejabat HASiL yang berhampiran.

d. Bagi pembayar duti, dokumen / perjanjian perlu dikemukakan melalui Stamp Assessment And Payment System (STAMPS) untuk proses penyeteman.

HASiL akan menerima maklumat pengakuan sukarela yang dibuat dalam tempoh PKPS 2.0 dengan suci hati.

Semakan lanjut sama ada melalui audit atau siasatan tidak akan dilakukan terhadap tahun taksiran yang berkaitan dengan pendapatan yang dilaporkan secara sukarela.

Pembayar cukai boleh merujuk kepada Garis Panduan Operasi Bilangan 2 Tahun 2023 bertajuk Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 serta set soalan lazim berkaitan yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan berikut:

a. Bahasa Melayu:

https://www.hasil.gov.my/program-khas-pengakuan-sukarela-20

b. Bahasa Inggeris:

https://www.hasil.gov.my/en/special-voluntary-disclosure-programme-svdp20/

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas:

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public

HASiL juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah menjalankan tanggungjawab mereka membayar cukai dan berharap agar rakyat akan terus melaksanakan tanggungjawab ini untuk mensejahtera dan memakmurkan Malaysia Madani.

-Mynewshub

Tags: hasilLHDNMPKPSProgram Khas Pengakuan Sukarela
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjelasan Hukum Forex Trading

Next Post

Isu Laut China Selatan Kekal Jadi Keutamaan – Mohamad

Related Posts

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Semak Status Sekatan Perjalanan Elak Kesulitan

Semak Status Sekatan Perjalanan Elak Kesulitan

08/11/2024
0

ANDA telah lama mengumpul wang untuk membawa seisi keluarga melancong di luar negara. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Membuat perancangan...

Next Post
Isu Laut China Selatan Kekal Jadi Keutamaan – Mohamad

Isu Laut China Selatan Kekal Jadi Keutamaan - Mohamad

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd