• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

McDonald’s Naikkan Harga Produk Di Jepun

oleh Mohd Arshad
19/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
McDonald’s Naikkan Harga Produk Di Jepun
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO: Pengendali restoran McDonald’s di Jepun hari ini mengumumkan akan menaikkan harga di 184 cawangan di pusat bandar, atau kira-kira enam peratus daripada 3,000 restoran, bagi menyerap kos sewa dan buruh lebih tinggi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehingga kini, 40 cawangan di beberapa pusat bandar dan lokasi tertentu seperti lapangan terbang dan stesen servis tertakluk kepada ‘harga pusat bandar’.

McDonald’s Holdings Company Japan berkata, harga baharu itu akan bermula pada 19 Julai.

Banyak perniagaan mula memindahkan kos lebih tinggi bahan mentah dan tenaga yang diimport kepada pengguna.

McDonald’s, rangkaian makanan segera terbesar di Jepun, menerajui langkah itu dengan tiga kenaikan di semua cawangan sejak Mac 2022, termasuk yang terkini Januari lalu.

McDonald’s berkata, pusingan baharu kenaikan harga adalah dalam lingkungan 10 hingga 90 yen bagi setiap item atau set.

Harga Big Mac antaranya akan dinaikkan kepada 590 yen (RM19) daripada 540 yen, katanya dalam satu kenyataan akhbar.

BHonline-

Tags: jepunkenaikan hargaMcDonald's
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd