• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maritim Malaysia Lupus 446 Bot Nelayan Asing Bernilai RM1.7 Bilion

oleh Mohd Arshad
22/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Maritim Malaysia Lupus 446 Bot Nelayan Asing Bernilai RM1.7 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sudah melupuskan 446 bot nelayan asing membabitkan nilaian keseluruhan sebanyak RM1.7 billion.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Pengarah Maritim Malaysia (Pengurusan), Khairul Anwar Bachok berkata semua bot terbabit dirampas menerusi operasi di perairan Sabah, Sarawak, Pantai Timur Semenanjung dan perairan Sedeli serta Mersing di Johor sejak 2008 hingga kini.

Katanya, daripada jumlah itu, perairan Terengganu paling banyak melakukan pelupusan iaitu 159 membabitkan nilaian RM238.5 juta bermula 2010 hingga kini.

“Kedudukan perairan Pantai Timur yang bersempadan dengan Vietnam menyebabkan nelayan negara terbabit banyak melakukan pencerobohan.

“Paling banyak di perairan Terengganu meskipun ia berkedudukan agak jauh iaitu 132 batu nautika berbanding Kelantan yang paling hampir.

“Semua bot yang dilupuskan adalah bot yang sudah dilucut hak oleh mahkamah menggunakan dua kaedah menenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan dan hancur musnah,” katanya selepas melakukan pelupusan tiga bot nelayan Vietnam di Perairan Pulau Bidong, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Maritim Malaysia Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid.

Khairul berkata pelupusan tiga bot yang ditahan sepanjang tahun lalu adalah sumbangan Maritim Malaysia kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi akiviti penyelidikan kajian akademik di Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT, Pulau Bidong.

Katanya, ketiga-tiga bot berkenaan ditahan melalui Op Naga Barat dan Op Kuda Laut yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu oleh Kapal Maritim (KM) GEMIA dan KM NUSA.

“Ini adalah pelupusan ke-10 dalam tahun ini oleh Maritim Malaysia Negeri Terengganu dan dijangkakan sebanyak 20 bot lagi akan ditenggelamkan selepas mendapat pelucutan hak daripada mahkamah pada tahun ini,” katanya.

Khairul berkata kaedah penenggelaman sebagai tukun tiruan adalah satu inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin serta simbolik kepada keseriusan Maritim Malaysia mengekang pencerobohan nelayan asing di perairan negara secara haram.

Program pelupusan berkenaan turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Institut Sumber Marin Asia Tenggara (1SMAT).

BHonline-

Tags: Bot Nelayan AsingLupusMaritim Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

Jangan Jadi Barua, Khianat Negara

20/01/2024
0

Port Dickson: Mereka disifatkan pengkhianat negara apabila dikesan aktif membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini melalui...

Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara Ditahan

Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara Ditahan

22/06/2023
0

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan dari Indonesia selepas didapati menceroboh perairan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd