• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Kutip Cukai RM175 Bilion Tahun Lalu, Tertinggi Dalam Sejarah

oleh Mohd Arshad
02/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LHDN Kutip Cukai RM175 Bilion Tahun Lalu, Tertinggi Dalam Sejarah
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan hasil cukai luar biasa RM175 bilion tahun lalu, tertinggi pernah direkodkan institusi itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Nizom Sairi, berkata angka itu terbaik pernah direkodkan dan diyakini disumbangkan kesedaran tinggi orang ramai terhadap undang-undang percukaian.

“Kutipan cukai tahun lalu sebanyak RM175 bilion berbanding tahun sebelumnya RM144 bilion, sekali gus menyaksikan lonjakan 20 peratus iaitu tertinggi dalam sejarah.

“Kami percaya jika perkhidmatan (LHDN) baik, kadar pematuhan cukai lebih tinggi kerana orang ramai faham pada undang-undang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Satelit LHDN Langkawi di sini, petang ini.

Yang turut hadir, Pengarah LHDN Kedah, Aziz Din dan Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya.

Mohd Nizom berkata, bagi memastikan momentum kutipan hasil negara terus meningkat, pihaknya mengadaptasikan tiga pendekatan percukaian dalam masyarakat iaitu kesedaran, pendidikan dan perkhidmatan.

Mengulas pembukaan Pejabat Satelit Langkawi, beliau berkata ia pejabat keempat selepas pelajat sama di Cyberjaya di Selangor, Batu Pahat di Johor dan Lahad Datu di Sabah.

“Sebelum ini Pusat Khidmat Hasil (PKH) Langkawi beroperasi sejak 1 April 2012, sebelum dinaik taraf sebagai Pejabat Satelit Langkawi dan memulakan operasi mulai 1 April lalu.

“Bagi tempoh 2017 hingga 2021, kutipan cukai di Langkawi adalah RM3.5 juta dan hasil kesedaran dan kecekapan perkhidmatan kutipannya meningkat mendadak kepada RM8.78 juta tahun lalu,” katanya.

-Berita Harian

Tags: CukaiLHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

22/12/2025
0

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 820.5 juta e-Invois sejak ia mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024. Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd