• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Isu Sempadan Kedah-Pulau Pinang Untuk Tutup Kegagalan’

oleh Mohd Arshad
02/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Isu Sempadan Kedah-Pulau Pinang Untuk Tutup Kegagalan’
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah dilihat sebagai percubaan untuk mengalih perhatian terhadap kegagalannya mentadbir negeri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, berkata kenyataan Sanusi itu dilihat bertujuan mengalih perhatian rakyat khususnya penyokong Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau berkata semua pihak jelas dengan kedudukan Pulau Pinang dalam Persekutuan Malaysia justeru isu persempadanan negeri tidak seharusnya timbul dan menjadi polemik politik tidak matang menjelang pilihan raya negeri (PRN).

“Ini terutama melibatkan kegagalan beliau sebagai Menteri Besar dalam memacu ekonomi negeri Kedah dan beliau juga ingin mengalih perhatian sebenar berkenaan beberapa perkara yang beliau gagal sebagai Menteri Besar.

“Antaranya isu air di Kedah di samping isu pembalakan hutan sehingga berlaku banjir yang mengakibatkan berubahnya keadaan geografi di Yan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Syerleena turut mendakwa ketiadaan pelan penyelesaian jangka pendek dan sederhana dalam isu ketiadaan air khususnya di kawasan Kuala Kedah juga dikatakan menjadi bukti kegagalan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Muhammad Sanusi.

Beliau berkata, melihat kepada prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kedah pada 2021, negeri itu mencatatkan sebanyak 3.2 peratus dan ketika ini Kedah turut berada di kedudukan kedua dalam senarai negeri ‘termiskin’ di negara ini selepas Kelantan.

Katanya, sebagai rekod, Pulau Pinang mengungguli prestasi KDNK tertinggi dengan 6.8 peratus diikuti Selangor (5.0 peratus), Terengganu (3.6 peratus) dan Perak (3.5 peratus).

“Selain itu terdapat isu-isu lain yang boleh mencerminkan kegagalan kepimpinan beliau termasuk isu perlombongan unsur nadir bumi yang tidak mendapat kelulusan pihak berkaitan selain isu pertanian, litar lumba untuk anak muda dan stadium baharu.

“Sehubungan itu, daripada Muhammad Sanusi sibuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti ini, adalah lebih elok beliau menumpukan kepada pentadbiran negerinya yang memerlukan banyak perhatian sewajarnya,” katanya.

Syerleena berkata kecekapan kerajaan negeri boleh diukur dengan keupayaannya untuk menyampaikan perkhidmatan awam, mengurus sumber dan melaksanakan dasar dengan berkesan.

Beliau berharap retorik politik sedemikian dihentikan selain negara memerlukan ahli politik bercakap isu-isu yang lebih utama meliputi usaha mengangkat kehidupan rakyat ke tahap lebih baik, memacu kemajuan dan mempertingkatkan imej negara.

“Isu melibatkan kedudukan Pulau Pinang tidak sepatutnya ditimbulkan oleh mana-mana pemimpin sekali pun kerana ia membabitkan sensitiviti rakyat Pulau Pinang. Janganlah sentimen negeri seperti ini dibudayakan yang kelak akan mencetuskan polemik politik.

“Muhammad Sanusi jangan lupa bahawa beliau juga merupakan ‘produk’ dari Pulau Pinang kerana pernah belajar di USM Pulau Pinang selain pernah bekerja sebagai Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

BHonline-

Tags: Kedahmuhammad sanusi md norPulau Pinangsempadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd