• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Sultan Johor: Pengendali Akaun FB JDT Fan Club Ditahan

oleh AK-47
24/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hina Sultan Johor: Pengendali Akaun FB JDT Fan Club Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia menahan seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook JDT Fan Club ditahan kerana memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja dan Sultan Johor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan semalam di Alor Setar, Kedah.

“Turut dirampas telefon bimbit dan kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran itu.

“Lelaki terbabit direman tiga hari sehingga 26 Jun ini dan siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja, Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial sehingga boleh mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa dan raja serta menggugat keharmonian negara.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

-Harian Metro

Tags: FB JDT Fan ClubKes Hina Sultan JohorTahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Next Post

Bekas Pemain Kebangsaan Ditahan Ceroboh Bilik Hotel

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

Next Post
Bekas Pemain Kebangsaan Ditahan Ceroboh Bilik Hotel

Bekas Pemain Kebangsaan Ditahan Ceroboh Bilik Hotel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd