• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

oleh Mohd Arshad
15/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme mahupun proses perundangan antarabangsa melalui pendekatan ‘forum shopping’ dalam kes tuntutan Kumpulan Sulu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini termasuk menyiasat tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam kes tuntutan terbaharu lapan warga Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

Gesaan itu dibuat kerana Tommy pernah mengutuskan surat kepada peguam Kumpulan Sulu bertarikh 19 September 2019 tanpa mendapat persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri sebagaimana jawapan kerajaan di Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu.

“Gesaan kami juga adalah sejajar dengan pendirian GRS yang sejak dari awal mempertikaikan tindakan bekas Peguam Negara itu dalam menguruskan isu berkaitan tuntutan tidak berasas berkenaan.

“Pendirian ini dizahirkan dengan tindakan sembilan pemimpin GRS yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 16 Ogos 2022 terhadap bekas Peguam Negara itu,” kata mereka dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan; Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali; Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi); Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin; Ahi Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Dalam surat kepada Kumpulan Sulu pada 2019, Tommy menyatakan kekesalan kerana Kerajaan Malaysia menghentikan bayaran pampasan tahunan kepada kumpulan Sulu berikutan pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Tommy dilantik sebagai Peguam Negara ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Jun 2018 sebelum meletak jawatan pada penghujung Februari 2020.

Dalam kenyataan itu juga, Ahli Parlimen berkenaan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah atas strategi dan pendekatan berkesan yang telah diambil dalam menangani isu tuntutan Kumpulan Sulu.

“Kami menyokong penuh ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jenayah kepada kumpulan yang bersekongkol dengan pihak yang membuat tuntutan.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen GRS menyeru Kerajaan Persekutuan memperkukuhkan tadbir urus memastikan tidak ada mana-mana pihak dalam kerajaan pada masa akan datang yang bertindak secara unilateral.

“Dalam hal-hal sensitif yang membabitkan integriti wilayah dan kedaulatan tanah air khususnya negeri Sabah , termasuk keperluan melaksanakan perbincangan dengan kerajaan negeri,” katanya.

BHonline-

Tags: GRSKumpulan SuluTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GRS, Rakan Parti, ADUN Bebas Bentuk Kerajaan Sabah Dengan Majoriti Mudah

GRS, Rakan Parti, ADUN Bebas Bentuk Kerajaan Sabah Dengan Majoriti Mudah

30/11/2025
0

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama rakan parti dan calon Bebas yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah...

PRN Sabah: 45 Kerusi GRS Bertembung BN

PRN Sabah: 45 Kerusi GRS Bertembung BN

12/11/2025
0

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertembung dengan semua kerusi ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd