• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

oleh AK-47
05/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’
Share on FacebookShare on Twitter

Gelaran anumerta (posthumous) ‘Tan Sri’ yang dikurniakan kepada bekas menteri besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah pengiktirafan atas perjuangan Allahyarham dan PAS, kata balu Allahyarham, Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tuan Sabariah – yang menerima gelaran itu daripada Agong bagi pihak suaminya hari ini – turut menggesa agar legasi Nik Aziz di Kelantan dipertahankan.

“Nasihat saya ‘Ppakat Pertahan’ kerajaan PAS di Kelantan kerana ia adalah legasi Tuan Guru yang mesti dipertahankan dan perjuangan PAS kekal dengan Islam insyaAllah,” katanya seperti dilapor Harakah Daily hari ini.

Dia juga berkata bekas Mursyidul Am PAS itu telah bertungkus lumus memartabatkan Islam dalam kehidupan rakyat dan dalam pentadbiran negara.

Nik Aziz adalah antara beberapa ahli politik yang dianugerahkan gelaran sempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Turut dikurniakan gelaran Tan Sri ialah rakan seperjuangan Nik Aziz, veteran DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu, anak Nik Aziz, Nik Omar berkata, gelaran anumerta itu adalah satu penghormatan besar buat keluarga.

“Alhamdulillah, walaupun ayahanda tiada bersama, penghargaan itu dirasai bonda.

“Ia juga menunjukkan jasa ayahanda Tok Guru sentiasa dihargai, junjung kasih Tuanku,” katanya seperti dipetik FMT.

Nik Aziz adalah menteri besar Kelantan dari 1990 hingga 2013.

Allahyarham meninggal dunia pada Feb 2015 pada usia 84 tahun.

-Malaysia Kini

Tags: Nik AzizPAStan sri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd