• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Anggota Polis Didakwa Lakukan Peras Ugut Remaja, Wanita

oleh Mohd Arshad
22/06/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Empat Anggota Polis Didakwa Lakukan Peras Ugut Remaja, Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS: Tiga anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan pemerasan kepada tiga individu manakala seorang lagi turut didakwa atas kes sama dan juga amang seksual kepada seorang remaja perempuan pada Disember tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, tertuduh, Roshafizzi Shaari, 29, Ahmad Izzul Ikhwan Mohd Anuar, 26, Muhammad Nur Izhan Rosli, 23, dan Mohd Muzamir Mohd Zakuan, 35, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan sengaja melakukan pemerasan yang mendatangkan ketakutan kepada tiga individu iaitu pasangan remaja berusia 17 dan 19 tahun serta wanita berumur 23 tahun susulan kes khalwat dua daripada mereka akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam yang mendorong seorang daripada mereka menyerahkan wang tunai RM980.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jakar, Bukit Bunga dekat Tanah Merah, 4 pagi, pada 28 Disember 2022.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh. Kesemua tertuduh kemudian merayu supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM5,000 dengan mengambil kira faktor mereka adalah penjawat awam dan masih bekerja serta tidak lari ke mana.

Pada prosiding yang sama, Roshafizzi turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja berusia 17 tahun dengan meraba payudara mangsa pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta yang sama.

Seksyen 14 Akta 792 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan itu, Hajarul Falenna mencadangkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Difahamkan, kesemua tertuduh membayar jaminan yang ditawarkan itu.

BHonline-

Tags: anggota polisdakwaanPeras Ugut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tolak Dakwaan Media Antarabangsa Tidak Berasas Dan Berniat Jahat

SPRM Tolak Dakwaan Media Antarabangsa Tidak Berasas Dan Berniat Jahat

12/02/2026
0

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan tidak berasas dan berniat jahat yang diterbitkan sebuah media antarabangsa serta menegaskan...

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

08/02/2026
0

JITRA: Pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd