• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Kedah Secara Rasmi Bubar Hari Ini

oleh AK-47
28/06/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
DUN Kedah Secara Rasmi Bubar Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini selaras dengan perkenan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, pada Ahad lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pembubaran itu sekali gus menamatkan pentadbiran tiga tahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH) pada 17 Mei 2020.

Susulan pembubaran itu, bermula hari ini pentadbiran kerajaan negeri Kedah akan dijalankan oleh kerajaan interim ataupun ‘Caretaker Government’, dengan segala fungsi kerajaan akan berlangsung sebagaimana biasa sehingga kerajaan negeri yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 yang menyaksikan PH mengambil alih kerajaan negeri dengan kemenangan 18 daripada 36 kerusi, persidangan pertama DUN Kedah bagi penggal ke-14 berlangsung pada 3 Julai 2018.

Pembubaran DUN Kedah hari ini menyaksikan mandat lima tahun berakhir enam hari lebih awal berbanding tarikh akhir pada 4 Julai.

Kedah antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Negeri ini mempunyai 36 kerusi dengan kedudukan terkini DUN Kedah menyaksikan PN memiliki 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6); PH menguasai 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2); Barisan Nasional memperoleh dua kerusi (UMNO-2) dan Parti Pejuang Tanah Air (2).

Dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun daripada PKR Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Disember tahun lepas dan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala ADUN Belantek Datuk Mohd Isa Shafie pula meninggal dunia 14 Jun lepas.

-Sinar Harian

Tags: bubarDUNDUN KedahKedah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Beranak Maut Myvi Bertembung Treler

Next Post

Pemandu Lori Maut Dihempap Mampatan Kertas Kitar Semula 600 Kg

Related Posts

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

26/09/2024
0

Alor Setar : Bilangan mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 1,567 mangsa daripada 472 keluarga yang ditempatkan di 18...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post
Pemandu Lori Maut Dihempap Mampatan Kertas Kitar Semula 600 Kg

Pemandu Lori Maut Dihempap Mampatan Kertas Kitar Semula 600 Kg

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd