• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Negara: Bilangan Penumpang MRT Putrajaya Dijangka Terus Meningkat

oleh Mohd Arshad
27/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dewan Negara: Bilangan Penumpang MRT Putrajaya Dijangka Terus Meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bilangan penumpang laluan Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya dijangka terus meningkat menjelang suku tahun keempat 2023 dengan penambahan tren-tren baharu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penambahan tren baharu bakal beroperasi di Laluan Kelana Jaya dan penyiapan penuh kerja membaik pulih struktur retak di laluan Ampang.

Katanya, Kementerian Pengangkutan melalui Prasarana akan terus menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam dan membuat pelaburan dalam infrastruktur rel dan bas mengikut keperluan.

“Secara keseluruhan, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan Rapid Rail (termasuk Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya, Laluan Monorail, Laluan MRT Kajang dan MRT Putrajaya) telah mencatatkan peningkatan yang ketara sejak Jan 2023.

“Pada bulan Jun 2023, purata perjalanan penumpang untuk hari bekerja adalah seramai 746,000 berbanding 613,000 pada bulan Januari 2023,” katanya ketika di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk mendorong lebih ramai pengguna laluan MRT Putrajaya.

Sementara itu, Anthony berkata, komitmen kerajaan untuk menggalakkan penggunaan MRT 2 dibuktikan melalui usaha RapidKL untuk menyediakan perkhidmatan bas perantara di sekitar Putrajaya yang melibatkan 5 laluan termasuklah laluan dari stesen MRT Putrajaya Sentral ke Presint 10, Presint 16,Presint 4, Presint 11 dan Ayer 8.

Kosmo-

Tags: Dewan NegaraPenumpang MRTPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

PN Yakin Tawan Semula Putrajaya Pada PRU16

PN Yakin Tawan Semula Putrajaya Pada PRU16

06/09/2025
0

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menawan semula tampuk kuasa di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd