• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Sabah, Sarawak Mahu Ketua Menteri, Premier Diberi Kuasa Lantik Wakil LHDN

oleh Mohd Arshad
15/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ahli Parlimen Sabah, Sarawak Mahu Ketua Menteri, Premier Diberi Kuasa Lantik Wakil LHDN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sepakat mahu kuasa untuk melantik wakil dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diperuntukkan kepada Ketua Menteri dan Premier negeri berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka juga bersetuju syor berkenaan dibawa untuk penelitian Jawatankuasa Pilihan Parlimen (JPP), sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 tidak diluluskan.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) bersetuju dengan cadangan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) supaya kerajaan memindahkan kuasa kepada Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak untuk melantik wakil dari negeri itu dalam LHDN.

“Orang yang dilantik ini iaitu wakil Sabah dan Sarawak selain daripada kelayakan yang dinyatakan dalam akta, dia juga adalah mewakili Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

“Kalau dia mewakili hendaklah dirunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.

“Saya setuju (dengan cadangan Ahli Parlimen Tanjong Manis), kalau wakil dari Sarawak dan Sabah hendaklah dilantik mestilah mendapat persetujuan daripada Premier Sarawak atau Ketua Menteri Sabah.

“Begitu juga kalau hendak membatalkan pelantikan (juga) mesti mendapat persetujuan daripada Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak,” katanya ketika membahaskan RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Wilfred turut melontarkan persoalan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, adakah isu berkenaan pernah dibincang atau dirunding dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Perdana Menteri.

Katanya, jelas sekali bahawa isu berkenaan langsung tidak pernah dirundingkan.

“Bagaimana pindaan ini telah dibuat? Jelas di sini bagi saya tidak ada perundingan. Kalau dia mewakili Sabah dan Sarawak, kenapa tidak dirujuk kepada Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.

“Itu adalah sangat penting sebab saya setuju dengan YB (Yang Berhormat) Kota Belud (Isnaraissah Munirah Majilis) bahawa keadaan politik sudah berubah. Kerajaan Persekutuan mungkin kerjasama dengan Kerajaan Sabah dari segi kepimpinannya tetapi dari segi hak itu adalah hak,” katanya.

Sementara itu ketika menggulung, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mengambil maklum bantahan itu dan memutuskan untuk menangguh RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023, untuk bacaan kali kedua dan akan dibawa ke sidang akan datang.

BHonline-

Tags: Ahli ParlimenLHDNSabahsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd