• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

oleh Mohd Arshad
11/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini, akhirnya terperangkap semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Yusof Othman berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah pasar raya di Taman Sutera Utama di Skudai, di sini, jam 2 petang semalam sebelum merampas telefon bimbit tiruan jenama iPhone Pro Max.

Menurutnya, semakan mendapati suspek memiliki lima rekod jenayah berkaitan, dipercayai turut terbabit mencuri iPhone 14 Pro Max berharga RM7,350 dari sebuah kedai di pusat beli-belah di Bandar Indahpura, Kulai, pada jam 5.30 petang, 9 Jun lalu.

“Dalam kes itu, pengadu mendakwa suspek ke kedai telefon bimbit. Dia kemudian mendakwa membayar RM6,850 secara dalam talian dan menunjukkan resit pembayaran transaksi itu yang kemudian didapati palsu.

“Pengadu bagaimanapun mengambil butiran nama dan nombor telefon suspek ketika urusan jual beli itu sebelum membuat laporan polis selepas mendapati tiada transaksi bayaran diterima dalam akaun milik syarikat,” katanya.

Yusof berkata, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 14 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dengan sebatan dan juga denda jika sabit kesalahan.

Seorang peniaga, Mohd Ibrahim, 50, berkata dia dan rakan yang menjalankan perniagaan menjual gajet lega apabila lelaki berkenaan ditahan polis.

“Kami menyalurkan maklumat kepada polis selepas kejadian berulang dan kami percaya ia membabitkan individu sama berikutan keadaan fizikalnya yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Dia terperangkap kerana selepas kes di Bandar Indahpura, Kulai, dia kemudian menghubungi pekerja sama untuk menukar telefon bimbit berkenaan kerana mendakwa isterinya tidak gemar warga ungu.

“Lelaki itu menetapkan untuk bertemu di pusat beli-belah di Taman Sutera Utama di Skudai. Dia meletakkan telefon bimbit palsu atau klon dalam kotak untuk ditukar dengan yang baru, namun taktiknya tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi.

Modus operandi suspek yang berbadan sasa dan berkulit gelap yang selalunya memakai pelitup muka, bercermin mata serta bertopi ialah berpura-pura mahu membeli iPhone 13 Pro Max dan iPhone 14 Pro Max terpakai.

Antara kes sebelum ini, dia melarikan iPhone 13 Pro Max terpakai dianggar bernilai RM5,000 dan menggantikannya dengan yang palsu, ketika pekerja kedai sibuk melayan pelanggan lain.

Lelaki itu juga dipercayai melarikan iPhone 13 Pro Max terpakai pada jam 6 petang, 21 April lalu dari sebuah kedai di sebuah pusat beli-belah di Taman Mutiara Rini di Skudai.

BHonline-

Tags: iPhonelelakiMencuri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘FF1’ Milik Sultan Johor

Next Post

Mayat Bayi Ditemukan Terapung Di Perkampungan Atas Air Kota Kinabalu

Related Posts

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Lelaki Curi Telefon Bimbit OKU Fizikal Sudah Ditahan

Lelaki Curi Telefon Bimbit OKU Fizikal Sudah Ditahan

26/01/2025
0

MARANG: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada Selasa lalu menunjukkan seorang lelaki mencuri telefon bimbit pembantu kedai runcit orang kurang...

Next Post
Mayat Bayi Ditemukan Terapung Di Perkampungan Atas Air Kota Kinabalu

Mayat Bayi Ditemukan Terapung Di Perkampungan Atas Air Kota Kinabalu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd