• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar 400 Anak Orang Asli Masuk Universiti – Ahmad Zahid

oleh AK-47
01/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sasar 400 Anak Orang Asli Masuk Universiti – Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli (OA) di seluruh negara akan memasuki universiti awam dan swasta tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia antara perubahan yang dilakukan terhadap masyarakat tersebut di negara ini.

Menurutnya, tahun lepas, sasaran iaitu seramai 300 anak Orang Asli memasuki universiti tercapai.

“Kita yakin dengan kepimpinan Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli). Jadi kita semak semula sasaran tahun ini sekurang-kurangnya 400 orang anak Orang Asli memasuki universiti awam dan swasta.

“Dan Insya-ALLAH saya akan berbincang dengan Datuk Seri KSU iaitu anak-anak Orang Asli yang memasuki universiti KKDW menerusi Jakoa akan diberikan saguhati RM1,000 setiap seorang,” ujar beliau.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata sedemikian ketika ucapan perasmian sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Pahang di Laman Sejahtera, Sungai Koyan di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau memberitahu akan meneruskan bantuan fasiliti seperti bekalan air, elektrik dan infrastruktur kepada masyarakat Orang Asli di negara ini selain meneruskan bantuan membina rumah baharu dan menaik taraf rumah untuk keselesaan masyarakat tersebut.

-Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiOrang AsliUniversiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

Zahid Sahkan Naim Kurniawan Moktar Calon PRK Parlimen Kinabatangan

Zahid Sahkan Naim Kurniawan Moktar Calon PRK Parlimen Kinabatangan

20/12/2025
0

SEKINCHAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Naim Kurniawan, anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd