• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAR 3 Kru Kapal MT Pablo Ditangguhkan

oleh AK-47
06/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SAR 3 Kru Kapal MT Pablo Ditangguhkan
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga kru kapal MT Pablo yang masih hilang selepas kapal itu terbakar pada Isnin lalu ditangguhkan sehingga petunjuk baharu ditemui.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata operasi yang memasuki hari kelima itu ditangguhkan pada pukul 7 malam tadi.

“Berdasarkan hasil pencarian dan penilaian keselamatan kapal, pihak pihak Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah menangguhkan operasi ini sehingga petunjuk baharu ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya terdahulu, usaha pencarian membabitkan antaranya 31 pegawai dan anggota Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) selain 11 anggota pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terbabit sepanjang operasi, termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), JBPM, Kementerian Kesihatan, Lembaga Pelabuhan Johor dan Pasir Gudang serta Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), Indonesia.

Dua daripada kru kapal yang hilang itu dikenal pasti sebagai warganegara India iaitu Satyam Tripathi, 26, dan Dinesh Kumar Chauhan, 34, manakala seorang lagi adalah warga Ukraine iaitu Sabit Shenderovskyi, 37.

Kapal tangki MT Pablo berdaftar di Gabon, Afrika terbakar kira-kira 50 peratus pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada 1 Mei lalu.

-Harian Metro

Tags: Kru Kapal MT PabloSAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Maut Dalam Kemalangan Tujuh Buah Motosikal

Next Post

Sukan SEA Kemboja 2023: Wei Theng Sumbang Pingat Pertama

Related Posts

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

30/08/2024
0

Kuala Lumpur : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid...

Next Post
Sukan SEA Kemboja 2023: Wei Theng Sumbang Pingat Pertama

Sukan SEA Kemboja 2023: Wei Theng Sumbang Pingat Pertama

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd