• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Lelaki Tertembak Rakan Disangka Kijang Disambung

oleh Mohd Arshad
01/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Reman Lelaki Tertembak Rakan Disangka Kijang Disambung
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU: Tempoh reman lelaki berusia 52 tahun disyaki tertembak rakannya yang disangka kijang dalam kejadian di kawasan hutan Muka Sauk, Jelebu, Selasa lalu, disambung seminggu lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, berkata suspek sebelum ini direman enam hari sehingga semalam sebelum disambung lagi sehingga 7 Mei untuk polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

“Siasatan terhadap suspek yang disyaki mengakibatkan kematian mangsa berusia 61 tahun masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jumaat lalu, BH Online melaporkan suspek yang menggunakan senapang buatan sendiri, dipercayai tertembak rakan sendiri yang disangka seekor kijang dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi 24 April.

Dia menyerah diri pada jam 10.30 malam hari sama di Balai Polis Titi, Jelebu, sebelum membawa polis ke lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa keluar dari tempat kejadian, kira-kira jam 2 pagi keesokannya.

Hasil siasatan awal, suspek mendakwa senapang buatan sendiri dan peluru yang digunakan untuk berburu adalah milik si mati. Mereka masuk ke hutan pada 23 April untuk memburu dan siasatan polis juga mendapati kedua-dua lelaki itu tiada lesen senjata api.

BHonline-

Tags: kijangremantembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd