• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Suami Isteri Dirempuh Masih Dirawat Di Hospital

oleh AK-47
20/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pasangan Suami Isteri Dirempuh Masih Dirawat Di Hospital
Share on FacebookShare on Twitter

Jitra : Pasangan suami isteri yang juga peniaga nasi lemak di tepi Jalan Hospital, Taman Suria yang parah selepas gerai mereka dirempuh sebuah Proton Satria yang terbabas semalam, masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, peniaga lelaki berusia 55 tahun itu mengalami pendarahan dalam kepala, tulang pipi, rahang patah, luka berjahit di muka kanan dan tulang rusuk kanan retak.

Beliau berkata, isterinya pula mengalami kecederaan di kaki kanan dan kedua-dua mereka masih dirawat di HSB.

“Pemandu kereta Proton Satria itu iaitu lelaki berusia 20 tahun itu pula mengalami luka di kaki kanan manakala lima penunggang motosikal kesemuanya lelaki berusia antara 24 hingga 59 tahun hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Jitra (HJ).

“Dua lagi mangsa iaitu lelaki berusia 46 dan 47 tahun yang terbabit dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata, kemalangan itu membabitkan tiga kereta iaitu Proton Saga, Proton Perdana dan Proton Wira serta enam buah motosikal.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Proton Satria itu dari arah Tunjang menghala ke Batu 13, di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta terbabit disyaki hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan kemudian terlanggar dua buah kereta serta enam motosikal yang sedang parkir di bahu jalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Media semalam melaporkan tiga kritikal manakala enam lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta Proton Satria yang terbabas di Jalan Hospital, Taman Suria, di sini, semalam.

Kemalangan yang berlaku jam 8.25 pagi semalam berlaku ketika kesemua mangsa sedang berhenti di tepi jalan untuk membeli nasi lemak di situ.

-Harian Metro

Tags: hospitalSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tercabut Akibat Ribut: DBKL Pasang Dinding Sementara

Next Post

Malaysia Intai Peluang Jalin Kerjasama Dengan Russia Dalam Pemindahan Teknologi

Related Posts

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

12/05/2025
0

MELAKA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila bayi perempuannya yang berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa lewat menerima...

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Next Post
Malaysia Intai Peluang Jalin Kerjasama Dengan Russia Dalam Pemindahan Teknologi

Malaysia Intai Peluang Jalin Kerjasama Dengan Russia Dalam Pemindahan Teknologi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd