• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Muat Naik Kenyataan Perkauman Di Twitter

oleh AK-47
09/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Ditahan Muat Naik Kenyataan Perkauman Di Twitter
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis menahan seorang lelaki yang memuat naik kenyataan bersifat provokasi perkauman dan berunsur hasutan di Twitter baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan di Bagan Serai, Perak.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman.

“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas telefon pintar dan sekeping kad sim milik suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, selama tiga hari bermula hari ini hingga 11 Mei.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan selain menimbulkan rasa benci kepada agama, kaum dan raja.

“Perbuatan seumpama itu boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Kenyataan PerkaumanTwitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

24/07/2023
0

WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia. Elon Musk semalam menyatakan bahawa beliau merancang untuk menggantikan logo Twitter, lapor portal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd