• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM, SPP Kerjasama Unjur Keperluan Pengambilan Guru – Fadhlina

oleh Mohd Arshad
27/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPM, SPP Kerjasama Unjur Keperluan Pengambilan Guru – Fadhlina
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi memastikan unjuran tahunan keperluan dan penempatan guru bertepatan dengan permintaan sekolah di bawah kendaliannya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata kerjasama itu antara lain melihat kepada kekosongan perjawatan yang perlu diisi dan ia adalah proses berterusan.

Katanya, latihan menjadi pendidik di negara ini tidak terhad di Institut Perguruan Guru (IPG) bawah KPM sahaja dan mengakui, guru antara sektor pekerjaan paling mendapat permintaan tinggi dan ramai juga lulusan pendidikan dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

“Guru ini profesion yang paling diminati rakyat Malaysia sekarang, jadi ramai yang berebut sebenarnya. Bukan soal tempat (pengajian pendidikan) sahaja, kita juga lihat supaya calon (guru) mempuyai kualiti.

“Mereka juga perlu menguasai bidang-bidang tertentu untuk menjadi guru, khususnya ilmu manusiawi dan insani,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku ‘Fadhlina Siddiq: Daripada Aktivis Kepada Menteri’ di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Beliau mengulas laporan BH hari ini mengenai kebimbangan terhadap peningkatan masalah pengangguran graduan pendidikan susulan kecenderungan universiti awam dan swasta membuat pengambilan pelajar program itu berdasarkan kemampuan sendiri sehingga mewujudkan penawaran melebihi permintaan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, dipetik berkata, kecenderungan IPT awam dan swasta menawarkan pengajian pendidikan untuk melahirkan siswazah perguruan tanpa unjuran keperluan KPM menyumbang kepada pengangguran dalam kalangan graduan bidang terbabit.

Fadhlina berkata, KPM membuat unjuran keperluan guru setiap tahun membabitkan semua IPT yang menawarkan pengajian pendidikan dan sedaya upaya memastikan unjuran itu selari dengan jumlah kekosongan semasa.

“Kita sangat konsisten dalam memastikan graduan pendidikan memenuhi syarat dan keperluan. Unjuran kita buat setiap tahun, untuk keseluruhan graduan pendidikan,” katanya menambah, KPM seboleh-bolehnya mahu mengalu-alukan semua graduan pendidikan menjadi guru.

Ditanya sama ada KPM menerima aduan aduan graduan pendidkkan menganggur, beliau berkata: “Saya rasa bukan aduan menganggur, tapi aduan bersungguh-sungguh mahu jadi guru. Ini yang kita sedang lihat dan seboleh-bolehnya kita mahu isi dan mengalu-alukan semua yang mahu jadi guru.

“Insya-Allah kita akan tambah baik sistem yang ada untuk pastikan kualiti guru meningkat”.

KPM perlu kongsi maklumat, umum unjuran

Sementara itu, Setiausaha Kluster Pendidikan dan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Anuar Ahmad meminta KPM berkongsi maklumat serta mengumumkan unjuran keperluan guru supaya pengambilan dapat disesuaikan bagi memenuhi keperluan dan kekosongan yang ada.

“KPM perlu ambil langkah itu bagi mengelak isu lambakan graduan guru berterusan dan menyumbang kepada pengangguran. Ketika ini masyarakat, terutamanya pelajar masih tidak tahu berapa jumlah unjuran guru yang akan diambil oleh KPM.

“Tempoh unjuran berkenaan, sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Apabila KPM tidak maklumkan, dikhuatiri isu lambakan graduan pendidikan akan berterusan kerana masyarakat anggap peluang memasuki sektor pendidikan itu masih ada,” katanya.

Anuar berkata, negara kini sudah mempunyai lambakan institusi yang melahirkan graduan profesion guru kerana universiti awam dan IPT swasta di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut melahirkan graduan bidang pendidikan.

“IPG juga masih tawarkan kursus pendidikan, lahirkan graduan perguruan. Susulan itu, IPG yang sedia ada banyak ketika ini, sebahagiannya boleh dijadikan pusat latihan profesional perguruan untuk tambah baik perkhidmatan, inovasi serta teknologi terkini kepada guru dalam perkhidmatan.

“Sebahagian IPG wajar dinaik taraf sebagai pusat latihan untuk guru yang sudah lama berkhidmat yang mahu meningkatkan kemahiran dan profesionalisme perguruan mengikut keperluan semasa boleh ke pusat berkenaan untuk menjalani latihan yang diperlukan,” katanya.

BHonline-

Tags: Fadhlina SidekGuruKPMSSP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penolong Akauntan KESEDAR Ditahan, Disyaki Pecah Amanah RM24.8 Juta

Next Post

Misi Jejak Hawari Ditangguh, Cuaca Buruk

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post
Misi Jejak Hawari Ditangguh, Cuaca Buruk

Misi Jejak Hawari Ditangguh, Cuaca Buruk

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd