• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKD Teliti Keperluan Pinda Akta Perkhidmatan Pos – Fahmi

oleh AK-47
19/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKD Teliti Keperluan Pinda Akta Perkhidmatan Pos – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 supaya bersesuaian dengan perkembangan semasa bidang perkhidmatan pos dalam negara, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Kita ada lebih kurang lima atau enam akta yang sedang diteliti (untuk dipinda).

“Terutamanya yang sudah lama tidak dipinda sebagai contoh, Akta Perkhidmatan Pos yang kali terakhir dipinda pada 2012,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Penyiaran Sarawak di Kuching, hari ini.

Akta Perkhidmatan Pos 2012 diwujudkan untuk mengadakan peruntukan mengenai perlesenan perkhidmatan pos dan pengawalseliaan industri perkhidmatan pos, dan bagi perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

Katanya antara akta yang sedang diteliti untuk dipinda termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Finas 1981 serta Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia.

Sementara itu, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan isu menara tiada perkhidmatan (naked tower) terutama di Sarawak.

“Saya perlu mengadakan pertemuan dengan MCMC dan syarikat telekomunikasi bagi meneliti langkah penyelesaian menyeluruh bagi masalah naked tower.

“Belum ada jangka masa atau rangka masa untuk proses perolehan kerana belum dapat maklum balas (daripada syarikat telekomunikasi) tetapi ia tak akan mengambil masa lama kerana MCMC ada kuasa untuk memberikan arahan tertentu,” katanya.

Beliau berkata syarikat telekomunikasi perlu bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk menyelesaikan isu internet serta telekomunikasi bagi kepentingan rakyat.

-Malaysia Kini

Tags: Akta Perkhidmatan PosFahmi FadzilKKDpinda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Stadium: KBS Akan Pastikan Konsert Dan Aksi Harimau Malaya Berjalan Baik

Next Post

JIM Sedia 10 Kaunter Khas Jemaah Haji Di KLIA

Related Posts

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan...

Tindakan Tegas Tanpa Kompromi Terhadap Penghasut Kaum, Agama – Fahmi

Tindakan Tegas Tanpa Kompromi Terhadap Penghasut Kaum, Agama – Fahmi

07/03/2025
0

Kuala Lumpur: Semua badan penguatkuasaan dan agensi keselamatan diarahkan mengambil tindakan cepat, berkesan dan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang...

Next Post
JIM Sedia 10 Kaunter Khas Jemaah Haji Di KLIA

JIM Sedia 10 Kaunter Khas Jemaah Haji Di KLIA

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd