• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kita Akui Kelantan Ada Masalah Air’ – Mohd Amar

oleh AK-47
08/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Kita Akui Kelantan Ada Masalah Air’ – Mohd Amar
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – “Kita akui Kelantan ada masalah air dan tidak pernah nafikan perkara itu,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun beliau mengingatkan masyarakat bahawa kerajaan negeri kini sedang dalam proses menukar 4,000 kilometer paip air di seluruh negeri.

Beliau memberitahu, pelaksanaan itu tidak boleh diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.

“Perlu diingatkan kita sedang berusaha mengatasi masalah ini. Ia belum selesai 100 peratus tetapi sudah menunjukkan perkembangan yang baik.

“Ada kawasan yang dahulu tiada air kini sudah menerima bekalan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa ke-52 Peringkat Negeri Kelantan 2023 di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Yusoff menerima kritikan kerana didakwa menggunakan pili bomba untuk menyalurkan bekalan kepada penduduk yang memerlukan.

Bagaimanapun Siti Zailah menafikan beliau mencuri air daripada pili bomba, sebaliknya bekalan itu merupakan saliran daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan sudah mendapat kebenaran syarikat terbabit.

Mengulas lanjut, Mohd Amar memberitahu, pemasangan atau penggantian paip akan mengambil masa lama untuk siap sepenuhnya selain memerlukan kewangan yang cukup.

“Kajian terkini kita memerlukan RM7 bilion untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi kita juga memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan ‘poster boy’ di Kelantan, Mohd Amar yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, perkara itu tidak penting tetapi paling utama ialah kemenangan Pas.

“Kelantan kini sedang memberi fokus supaya dapat mempertahankan kemenangan Pas di negeri ini. Poster boy itu cerita lain, yang penting menang dulu,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Kelantanmasalah airmohd amar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd