• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

oleh Mohd Arshad
20/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu bagi minggu ke-19 yang lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jumlah kes itu dikesan bagi tempoh 7 hingga 13 Mei lalu.

Beliau berkata, seminggu sebelum itu, kes HFMD turut dikesan melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes iaitu pada 30 April hingga 6 Mei lalu.

“Bagaimanapun, setakat 13 Mei lalu, hanya 9,822 kes HFMD dilaporkan iaitu menurun berbanding 31,622 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Data menunjukkan Selangor menyumbang kes tertinggi iaitu 2,443 kes atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes diikuti Sabah (1,505 kes), Kuala Lumpur/Putrajaya (977 kes), Johor (915 kes), Sarawak 750 kes dan negeri-negeri lain sekitar 700 kes,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, setakat 13 Mei lalu, tiada kes HFMD yang dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes kematiqn HFMD dilaporkan.

Muhammad Radzi berkata, sejumlah 273 kluster HFMD dilaporkan setakat 13 Mei lalu dimana 170 kluster (62.3 peratus) dilaporkan berlaku di taska, tabika, tadika, pra-sekolah dan pusat jagaan harian.

Menurutnya, baki 101 kluster (37 peratus) berlaku di rumah persendirian dan dua kluster (0.7 peratus) berlaku di sekolah.

“Institusi tempat perhimpunan kanak-kanak adalah antara tempat yang dilihat sering berlaku penularan HFMD sehingga kadang kala boleh berlaku kluster HFMD.

“Kluster itu tercetus apabila kebersihan persekitaran tidak dijaga dan kanak-kanak dijangkiti hadir ke institusi,” katanya.

Katanya, beliau turut menasihati orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengawal dan menangani peningkatan kes HFMD ini terutama ibu bapa, pengusaha taska dan pengusaha taman permainan ‘indoor’.

UtusanOnline-

Tags: HFMDMuhammad Radzi Abu Hassanparas amaran kebangsaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

Selangor Penyumbang Tertinggi Kes HFMD

14/06/2022
0

PUTRAJAYA : Selangor menjadi menyumbang kes tertinggi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) berbanding negeri-negeri lain iaitu 26,799 kes bersamaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd