• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Buli Pelatih, Polis, TUDM Jalankan Siasatan

oleh Mohd Arshad
02/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Buli Pelatih, Polis, TUDM Jalankan Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes seorang pelatih dibuli di pusat latihan TUDM di Kuantan, Pahang, minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata siasatan dijalankan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.

“Kita tidak menerima aduan berhubung kejadian itu sebaliknya aduan dibuat kepada polis.

“Pegawai penyiasat polis sudah masuk ke kawasan pusat latihan TUDM dan menjalankan pemeriksaan. Pada masa ini, siasatan masih lagi berjalan.

“Kita memberi kerjasama penuh kepada polis dan TUDM juga sedang menjalankan siasatan dalaman untuk memastikan kes disiasat dengan teliti,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Pertahanan, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Semalam, tular di media sosial Twitter mengenai luahan seorang wanita mendakwa adik lelakinya dibuli di pusat latihan tentera udara.

Wanita terbabit turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adiknya ketika menjalani latihan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, setiap anggota terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam latihan dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terbabit, jika didapati bersalah.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, mengesahkan pihak menerima laporan berhubung kejadian itu, minggu lalu.

Beliau berkata, pihaknya belum melakukan sebarang tangkapan ke atas mana-mana individu berhubung kes berkenaan.

“Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan dan pegawai penyiasat masih merakamkan keterangan daripada saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasankes buliTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu, Jehad...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd