• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Anwar Saman Muhyiddin Dibicara Ogos 2024

oleh Mohd Arshad
22/05/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kes Anwar Saman Muhyiddin Dibicara Ogos 2024
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi akan mula mendengar perbicaraan kes saman fitnah dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos tahun hadapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tuntutan saman itu berhubung ucapan berbaur fitnah mengenai dakwaan Anwar menerima gaji sebanyak RM15 juta ketika berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Peguam Datuk S N Nair yang mewakili perdana menteri itu memberitahu pemberita, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Roz Mawar Rozain, menetapkan 5, 6, 7, 12, 13, 14, 26, 27 dan 28 Ogos tahun hadapan sebagai tarikh perbicaraan.

Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan pada pengurusan kes hari ini yang turut dihadiri peguam Muhyiddin, Chetan Jethwani dan Ivy Shu.

Nair berkata, mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan permohonan interlokutori selewat-lewatnya 16 Jun ini jika ada dan menetapkan pengurusan kes lanjut pada 21 Jun ini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan dalam saman difailkan pada 20 Disember tahun lalu, Anwar mendakwa pada 5 Disember tahun lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membuat kenyataan itu dalam ucapan ketika ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim.

Ia sebagai menyokong calon PN, Datuk Azman Nasrudin, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah berkenaan.

Menurut Anwar, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau tidak boleh dipercayai dan tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Selangor sebagai Penasihat Ekonomi dan menipu orang ramai dengan menyatakan menerima gaji RM1.

Anwar mendakwa, kenyataan fitnah itu dirancang terlebih dahulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi serta perwatakannya secara serius selain memburukkan nama baik dan karakternya sebagai penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.

Sementara itu, Muhyiddin dalam penyataan pembelaannya menyatakan, Anwar selaku ketua Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya tersinggung terhadap kritikan dan pertanyaan yang ditimbulkan sewaktu ceramah politik.

Muhyiddin sebaliknya menegaskan, sebagai pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri, Anwar seharusnya menjawab pertanyaan yang ditimbulkan secara terbuka dan sepenuh hati serta menafikan sebarang dakwaan yang dibangkitkan.

-Berita Harian

Tags: Anwar IbrahimKes Anwar Saman MuhyiddinMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd