• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lulus Dua Syarikat Pengeluar Gula, Tentu Harga Gula Bertapis Jernih

oleh Mohd Arshad
25/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Lulus Dua Syarikat Pengeluar Gula, Tentu Harga Gula Bertapis Jernih
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerajaan meluluskan permohonan dua syarikat pengeluar gula tempatan untuk penjualan gula putih bertapis jernih berkuat kuasa hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia melibatkan dua syarikat pengeluar gula terbesar di negara ini iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR).

Kata beliau, pihaknya menerima permohonan daripada dua syarikat pengeluar gula tempatan untuk mengeluarkan gula putih bertapis jernih dengan harga tidak dikawal oleh kerajaan sebaliknya ditentukan oleh pasaran.

“Permohonan ini adalah sebahagian daripada pelan pemasaran syarikat-syarikat tersebut untuk terus kekal berdaya saing dan lestari.

“Kerajaan juga memberi arahan kepada MSM dan CSR untuk terus mengeluarkan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) pada kuantiti semasa yang mencukupi untuk pasaran runcit pada harga yang dikawal kerajaan iaitu RM2.85 (kasar) dan RM2.95 (halus) sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 kementerian itu di sini hari ini.

Salahuddin menegaskan, penjualan gula putih bertapis jernih ini tidak boleh digantikan bekalan gula putih bertapis sedia ada.

Jelasnya, syarikat-syarikat pengeluar gula boleh diambil tindakan jika tidak mengeluarkan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) yang mencukupi di pasaran.

“Begitu juga kepada mana-mana pemborong dan peruncit yang mengenakan pembelian bersyarat atau tidak menjual gula putih bertapis sedia ada kepada pelanggan,” ujarnya.

Pada masa sama, kementeriannya juga turut mengajak pengguna di negara ini untuk mengawasi dan mengawal penggunaan gula demi kesihatan seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Op Manis akan diteruskan sebulan lagi bagi mengawal harga bekalan berkenaan kekal stabil di pasaran.

-Utusan Online

Tags: Gula Bertapis JernihKerajaanSyarikat Pengeluar Gula
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Subsidi Bersasar Tarif Elektrik T20 Dijangka Diumum Akhir Tahun Ini

Next Post

Polis Bagi Amaran Batalkan ‘Gang Bang JB Party’

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post
Polis Bagi Amaran Batalkan ‘Gang Bang JB Party’

Polis Bagi Amaran Batalkan 'Gang Bang JB Party'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd