• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan OPR Tak Jejas Sokongan Terhadap Kerajaan Perpaduan – Rafizi

oleh Mohd Arshad
07/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kenaikan OPR Tak Jejas Sokongan Terhadap Kerajaan Perpaduan – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG JAYA : Isu kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak dilihat sebagai faktor yang berupaya menjejaskan peluang Kerajaan Perpaduan untuk meraih kemenangan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata sentimen sedemikian yang kerap dimainkan blok pembangkang tidak menggugat usaha kerajaan untuk memulih dan terus memperkasakan ekonomi negara.

“Setakat ini, saya tak nampak (isu OPR) menjejaskan Kerajaan Perpaduan. Sama juga seperti sebelum ini orang kaitkan dengan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

“Ada banyak kesan yang mempengaruhi undian rakyat, bukan semata-mata isu OPR ini. Lagipun, yang betul-betul terkesan dengan kenaikan (OPR) ini adalah orang yang ada pinjaman rumah.

“Bukan semua rakyat ada pinjaman rumah sekarang,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pandan 2023 di Dewan Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, yang menggesa Rafizi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kenaikan OPR bagi mengelakkan rakyat terutama di enam negeri yang bakal berlangsung PRN hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan tekad untuk memacu semula ekonomi negara semata-mata untuk memancing undian pada PRN nanti.

“Keputusan membabitkan kedudukan ekonomi negara ini bersifat jangka panjang. Apabila kita (Malaysia) dah ada jurang yang besar dari segi kadar faedah dengan negara lain, itu bukan sesuatu yang boleh dibuat sebagaimana cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang untuk dapatkan undi rakyat.

“Kita akan cuba dapatkan undi ke negeri termasuk Kedah, Terengganu, Selangor dan sebagainya, tetapi ia tidak boleh sehingga menjejaskan usaha untuk memulih dan memperkasakan ekonomi,” katanya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut menasihatkan Hassan supaya tidak terikut-ikut dengan sentimen yang kerap dimainkan pembangkang.

Katanya, sebagai wakil rakyat daripada blok kerajaan, adalah lebih baik beliau merujuk terus kepada Perdana Menteri atau beliau sendiri untuk mendapatkan penjelasan.

“Kami (Anwar dan saya) sebenarnya telah pun memberikan penjelasan kepada dia. Saya ingat dia tidak akan keluarkanlah kenyataan selepas itu. Tetapi itu hak dia dan tentu sahaja media akan mainkan isu ini.

“Saya dah berikan penjelasan yang panjang lebar kepada Hassan mengenainya. Itu pilihan politik beliau untuk bercakap kepada media.

“Sebab saya yakin dalam sedikit masa, beberapa bulan akan datang atau setahun lagi, apabila kayu ukur terutama inflasi makin kurang, apabila kita mula tumpu kepada dasar untuk umpamanya sasaran kenaikan gaji, rakyat keseluruhannya akan faham,” katanya.

-Berita Harian

Tags: kerajaan perpaduanOPRRafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd