• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Kekurangan Doktor, Jururawat, Pesakit Tunggu Lama

oleh Mohd Arshad
23/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Kekurangan Doktor, Jururawat, Pesakit Tunggu Lama
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan, terutamanya doktor dan jururawat yang dianggarkan hampir 2,800 staf.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap Kementerian Kesihatan (KKM) dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut bagi membolehkan hospital awam di negeri ini dapat berfungsi pada tahap optimum selain menampung keperluan serta menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat.

“JKNJ kekurangan hampir 2,800 staf kesihatan, khususnya doktor dan jururawat di negeri ini. Adalah menjadi harapan saya agar pihak KKM dapat mempertimbangkan agar jawatan ini diisi dengan segera bagi menampung keperluan serta menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat di negeri Johor,” katanya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Perkara itu turut disuarakan Onn Hafiz ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Norazman Ayub yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon.

Dalam pertemuan itu, Onn Hafiz juga meminta pihak KKM melihat cara yang lebih tuntas untuk mengurangkan kesesakan di hospital-hospital di Johor, khususnya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Semalam, Tian Soon yang mengadakan tinjauan ke HSI mendapati faktor kekurangan staf kesihatan menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lebih dua jam sebelum menerima rawatan dan mencadangkan supaya pihak hospital terbabit dapat mengkaji semula penambahan staf bertugas pada setiap syif.

“Ini kerana pada setiap syif, dianggarkan seramai tujuh hingga sembilan doktor bertugas dan mereka perlu dipecahkan kepada zon merah, zon kuning, zon hijau dan zon asma serta triage. Jika keadaan di zon kuning dan merah menerima terlalu ramai pesakit, mereka tidak dapat bertugas di zon hijau dan akan menyebabkan masa menunggu menjadi panjang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya masa operasi Klinik Kesihatan Sultan Ismail yang terletak bersebelahan dengan HSI dapat dipanjangkan bagi memberikan rawatan kepada kes bukan kecemasan di hospital itu.

“Sekiranya masa operasi klinik itu dapat dilanjutkan, pesakit yang tidak memerlukan rawatan kecemasan tidak perlu menunggu lama dan dirujuk ke klinik itu, sekali gus dapat meringankan beban Jabatan kecemasan HSI,” katanya sambil berharap kerusi yang rosak perlu ditukar selain menambah kerusi di zon hijau agar pesakit dan warisnya dapat menunggu dalam keadaan yang lebih selesa.

UtusanOnline-

Tags: doktorJohorjururawatKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd