• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Arah Sekolah Tangguh Sementara Aktiviti Luar Bilik Darjah

oleh AK-47
07/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Arah Sekolah Tangguh Sementara Aktiviti Luar Bilik Darjah
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Tinggi : Johor mengarahkan pihak sekolah menangguhkan sementara semua aktiviti luar bilik darjah ekoran cuaca panas yang melanda negara kini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh berkata, arahan berhubung perkara itu dikeluarkan kerajaan negeri kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dua hari lalu.

Beliau berkata, aktiviti luar seperti merentas desa dan sebagainya perlu ditangguhkan bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini berlaku.

“Di Johor, saya telah memaklumkan kepada JPNJ agar semua program luar melibatkan sukan dan sebagainya ditangguhkan sementara.

“Kita tidak mahu ambil apa-apa risiko dengan keadaan cuaca panas ketika ini dan memandang serius kerana mahu mengelakkan daripada kes (strok haba) berlaku di Johor,” katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana 2023 di Dewan Felda Lok Heng Barat, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Norlizah berkata, bagi sekolah yang ingin meneruskan aktiviti luar berikutan ia telah lama dirancang, perlu memaklumkan kepada JPNJ terlebih dahulu untuk dinilai.

“Setakat ini tiada sekolah yang ingin meneruskan aktiviti luar, tetapi bagi sekolah yang hendak buat juga perlu maklum kepada JPNJ terlebih dahulu.

“Kita akan lihat dahulu sama ada boleh atau sesuai untuk dibuat berdasarkan keadaan cuaca di sesuatu tempat itu,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia diminta memberi kerjasama dengan menangguhkan aktiviti luar berikutan cuaca panas dan kering berpanjangan.

Beliau berkata, aktiviti tersebut termasuk merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.

-Harian Metro

Tags: Aktiviti Luar Bilik DarjahJohortangguh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

30/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Pas Johor menegaskan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor yang baharu susulan peletakan jawatan Datuk Dr Sahruddin...

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd