Geran-geran utama Industri Digital yang dikeluarkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) iaitu Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG) menerima sambutan yang menggalakkan sejak dibuka permohonannya bermula 2 Mei 2023 yang lalu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perkara ini dibuktikan dengan kehadiran hampir 1,000 penggiat industri digital ke sesi taklimat yang diadakan secara maya pada 9 Mei 2023. Lebih 300 soalan dan
maklumat berkenaan kriteria kelayakan permohonan geran telah dikemukakan oleh penggiat industri digital yang hadir.
Permohonan yang terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2023. Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada
Julai 2023 tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima.
Saya menggesa lebih ramai penggiat industri kreatif tempatan mengambil peluang memohon geran-geran yang disediakan bagi memanfaatkan peluang untuk kekal utuh
berdaya saing dalam pasaran tempatan sekali gus menembusi pasaran global.
Tarikh tutup permohonan geran adalah pada 1 Jun 2023 dan maklumat lanjut boleh
didapati di www.mdec.my/grants.
FAHMI FADZIL
MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL
Mynewshub-