• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Haramkan Pembelian Cip Memori Dari Syarikat AS

oleh Mohd Arshad
22/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
China Haramkan Pembelian Cip Memori Dari Syarikat AS
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING : China mengharamkan pengendali projek infrastruktur utama di negara itu membeli cip daripada syarikat pengeluar utama milik Amerika Syarikat (AS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengawal selia ruang siber China mengumumkan pengeluar cip memori terbesar AS, Micron Technology menimbulkan risiko keselamatan rangkaian yang serius kepada negara itu, justeru menghalang pengendali infrastruktur utama membuat pembelian daripada syarikat berkenaan.

Keputusan itu merangkumi sektor telekomunikasi, pengangkutan dan kewangan.

“Semakan mendapati bahawa produk Micron Technology mempunyai risiko keselamatan rangkaian yang serius dan boleh membahayakan keselamatan rantaian bekalan infrastruktur maklumat kritikal China termasuk keselamatan negara ini,” kata Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) dalam satu kenyataan.

Keputusan itu merupakan langkah besar pertama China menentang syarikat pengeluar cip AS, ketika ketegangan semakin memuncak antara Beijing dan Washington beberapa hari selepas kumpulan negara G7 melancarkan kritikan terhadap amalan perdagangan China.

Kerajaan AS berkata, negara itu akan bekerjasama dengan sekutunya bagi menangani masalah pasaran cip memori yang disebabkan oleh tindakan China.

“Kami tegas menentang sekatan yang tidak mempunyai asas sebenarnya.

“Tindakan ini, bersama-sama dengan serbuan baru-baru ini menyasarkan firma AS yang lain, tidak konsisten dengan dakwaan China bahawa negara itu membuka pasarannya dan komited kepada rangka kerja pengawalseliaan yang telus,” kata jurucakap Jabatan Perdagangan AS.

-Utusan Online

Tags: ChinaCip MemoriSyarikat AS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd