• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Adik Saya Kritikal, Mohon Orang Ramai Kongsi Rakaman Dashcam’

oleh Mohd Arshad
16/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Adik Saya Kritikal, Mohon Orang Ramai Kongsi Rakaman Dashcam’
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: “Saya merayu pada sesiapa yang ada rakaman video ‘dashcam’ (papan pemuka kenderaan) supaya berhubung dengan kami. Adik saya dalam kritikal sekarang selepas dilanggar sebuah kenderaan disyaki kereta,” kata Muhammad Firdaus Ayub, abang kepada Muhammad Faiz.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Muhammad Faiz, 21, dipercayai mangsa langgar lari, kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar selepas motosikalnya disyaki dirempuh sebuah kereta di Jalan Muar-Pagoh, Bukit Pasir, petang semalam.

Bagaimanapun, Muhammad Firdaus, 25, berkata pemandu yang didakwa melanggar adiknya dikatakan ‘lesap’ dan belum dapat dikesan sehingga kini.

“Kami amat memerlukan kamera dashcam kerana seorang ada saksi memberitahu dia ternampak Perodua Myvi ungu merempuh adik saya tetapi tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kenderaan itu.

“Keadaan adik saya amat membimbangkan, dia masih tidak sedarkan diri selepas mengalami kecederaan teruk di kepala dan muka,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu, pada jam 12 tengah malam tadi.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dari arah Paya Panjang menghala ke pekan Bukit Pasir.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang terbabas ke kiri jalan. Akibat kemalangan itu, mangsa cedera di dada dan kaki sebelum dibawa ke hospital.

“Kejadian kemalangan ini kemudiannya ditularkan di Facebook. Berdasarkan maklumat disiarkan pemilik akaun FB, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi ungu dengan motosikal mangsa,” katanya.

Beliau juga berkata, polis menjalankan siasatan terhadap maklumat tular terbabit dengan menghubungi pemilik akaun FB berkenaan.

“Bagaimanapun, polis mendapati, maklumat disebarkan itu diterima daripada seorang penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi kejadian pada masa itu.

“Polis belum menghubungi saksi kejadian seperti didakwa dan memintanya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BHonline-

Tags: dashcamdilanggarKRITIKAL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Presiden Palestin Gesa PBB Gantung Keanggotaan Israel

Next Post

Geran Industri Digital Terima Sambutan Menggalakkan

Related Posts

Anak Gajah Mati Dilanggar Lori Ayam, Melintas Tiba-tiba

Anak Gajah Mati Dilanggar Lori Ayam, Melintas Tiba-tiba

11/05/2025
0

GERIK: Situasi menyayat hati seekor gajah betina seakan 'meratapi' kematian anaknya yang dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli...

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

Next Post
Geran Industri Digital Terima Sambutan Menggalakkan

Geran Industri Digital Terima Sambutan Menggalakkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd