• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Barangan Dikawal Harga Sempena Sambutan Kaamatan

oleh Mohd Arshad
27/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
8 Barangan Dikawal Harga Sempena Sambutan Kaamatan
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyenaraikan lapan barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan berkuatkuasa hari ini hingga 2 Jun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia bertujuan menstabilkan harga barangan semasa berikutan permintaan terhadap barangan yang dijangka meningkat menjelang perayaan, semasa perayaan dan beberapa hari selepas perayaan.

“Sebanyak lapan jenis barangan dikawal di bawah pelaksanaan skim ini. Selain itu, enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur sedang dikawal di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari 2022.

“Senarai lapan jenis barangan yang dikawal itu adalah kepak ayam, cili kering leper, daging kerbau import (India), bawang kecil merah (India), bawang putih (China), babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak,” katanya pada pelancaran SHMMP Pesta Kaamatan, di Pasaraya Bataras, Kolombong, di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, berdasarkan pemerhatiannya, beberapa barangan yang dijual dalam skim itu lebih rendah berbanding harga siling yang ditetapkan KPDN.

Katanya, ia menggambarkan kerjasama peniaga untuk bersama-sama dengan pihak kementerian bagi menjayakan skim berkenaan.

Beliau berkata, pegawai penguatkuasa KPDN turut ditugaskan di lokasi strategik seperti di pusat membeli belah barangan keperluan perayaan bagi memastikan peniaga mematuhi harga yang ditetapkan.

“Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan yang mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga yang ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya,” katanya.

Beliau mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sambutan Kaamatan atau Pesta Menuai dirayakan masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) di Sabah sepanjang Mei dengan kemuncaknya pada 30 dan 31 Mei.

-Harian Metro

Tags: Kawal HargaSambutan Kaamatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Call Centre’ Judi Haram Digempur

Next Post

‘Kalau Ada Duit Tak Ada Otak Tak Guna Juga’ – TMJ

Related Posts

No Content Available
Next Post
‘Kalau Ada Duit Tak Ada Otak Tak Guna Juga’ – TMJ

'Kalau Ada Duit Tak Ada Otak Tak Guna Juga' - TMJ

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd