• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,500 Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Jemaah Haji Selangor

oleh AK-47
06/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
1,500 Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Jemaah Haji Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Sebanyak 1,500 dos vaksin pneumokokal akan diberikan secara percuma oleh kerajaan negeri kepada jemaah haji di negeri ini pada Kursus Haji Perdana esok di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemberian vaksin tersebut dibuat melalui Program Vaksin Selangor (Selvax) bertujuan untuk melindungi dan mencegah individu daripada mendapat jangkitan paru-paru ketika menunaikan ibadah haji.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pemberian vaksin tersebut turut dibuka di Klinik Selcare Universiti Selangor (Unisel) bermula Isnin depan hingga 15 Jun.

“Pra-pendaftaran telah dibuka bermula hari ini di aplikasi Selangkah. Tutorial pra-pendaftaran boleh ditonton menerusi pautan berikut: https://vt.tiktok.com/ZS8KXbUev/.

“Bagi Jemaah yang mengalami kesukaran mendaftar secara atas talian, kaunter pendaftaran turut akan disediakan di tapak program. Jemaah Haji yang tinggal di luar Shah Alam amat digalakkan untuk mendapatkan vaksin pada hari yang dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam program sama esok, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), menyumbang 10,000 botol air mineral bagi membantu jemaah haji menjalani kursus ketika cuaca panas supaya dapat mengelak daripada serangan strok haba.

Setiausaha MAIS, Ahmad Shahir Makhtar berkata, selain itu, 5,000 botol lagi akan disumbang kepada petugas pada Kursus Operasi Haji Tanah Air, di Hotel Movenpick, Sepang.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai tidak melakukan aktiviti luar rumah jika tiada sebarang keperluan bagi mengelak strok haba.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan langkah itu membantu mengurangkan risiko terdedah dengan haba tinggi ekoran cuaca panas yang melanda negara.

Dalam pada itu, Ahmad Shahir turut memaklumkan pembukaan kaunter Baitulmal pada kursus tersebut bagi membolehkan jemaah membuat urusan wasiat dan hibah terus melalui MAIS.

Jelasnya, kaunter Baitulmal MAIS dibuka pada hari Sabtu bermula pukul 5 petang hingga 12.30 malam dan pada hari Ahad bermula pukul 7 pagi hingga 1 tengahari.

-Utusan Online

Tags: HajiJemaah Haji SelangorVaksin Pneumokokal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd