• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Merokok

oleh AK-47
04/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Seramai 43,019 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Merokok
Share on FacebookShare on Twitter

Saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata dalam tempoh yang sama hasil saringan yang dijalankan terhadap 2 juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan perbuatan itu.

“Murid yang dikenal pasti merokok diberikan intervensi berkenaan rokok, manakala murid yang tidak merokok diberikan pendidikan kesihatan berterusan bagi memastikan mereka kekal tidak merokok,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator N Balasubramaniam yang ingin tahu perkembangan terkini pihak Kementerian Kesihatan dalam Generasi Penamat-Anti-Rokok (Gegar-18) dan sejauh manakah kempen ini berhasil.

Lukanisman berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memperkasa dan memperluaskan program Gegar-18 yang bertujuan memberi pengetahuan perundangan dan pendidikan berterusan untuk mewujudkan persekitaran bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.

“Kempen ini juga dijalankan bagi memastikan kumpulan Gegar-18 ini kekal bebas rokok sepanjang hayat mereka. Kempen Gegar-18 juga telah dijalankan di sembilan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan dan Kementerian Pendidikan tinggi.

“Selaras dengan kempen Gegar-18 ini juga, sebanyak 19 kampus universiti telah melaksanakan program MQUIT Universiti dan buat saringan serta intervensi untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan pelajar pengajian tinggi,” katanya.

Katanya KKM juga akan terus memperluaskan kempen Gegar-18 bagi golongan belia yang tidak memasuki mana-mana IPT melalui kerjasama Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan lain yang berkaitan.

-Malaysia Kini

Tags: merokokpelajar sekolah menengah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Rakan Sekelas

Pelajar Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Rakan Sekelas

27/10/2025
0

KUALA SELANGOR: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang...

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd