• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Lima Minit Antirokok/Vape Kekang Murid Merokok, Terbabit E-rokok

oleh Mohd Arshad
27/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Program Lima Minit Antirokok/Vape Kekang Murid Merokok, Terbabit E-rokok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan melaksanakan Program Lima Minit Antirokok/Vape di antara usaha membanteras penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian dalam kenyataan berkata program berkenaan dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ia dilaksanakan dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen anti merokok/vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.

“Aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan nilai kesedaran murid, membentuk jati diri dan mempunyai daya tahan yang tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, KPM berkata, kementerian turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan melaksanakan program IMFree kepada murid sekolah rendah Tahun Satu hingga Tahun Enam di 636 sekolah rintis serta diperluaskan pada tahun 2023 dan seterusnya.

“Program IMFree adalah program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah, yang bertujuan agar murid yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.

“Objektif program ini ialah untuk, memberi pengetahuan mengenai bahaya merokok; memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok; dan melatih murid menjadi agen/pencetus/penyampai maklumat

perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada beberapa laporan media mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.

Dalam pada itu, JPN, PPD dan sekolah diminta mematuhi arahan yang ditetapkan kementerian berhubung isu penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.

Pengetua dan guru besar disaran mengambil langkah berkesan berdasar Surat Siaran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah dam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah.

Arahan-arahan berkenaan adalah bertujuan memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah.

KPM berkata, ia sentiasa komited dalam melaksanakan program pendidikan pencegahan berkaitan isu disiplin sebagai satu usaha berterusan memberi kesedaran, kemahiran, pengetahuan serta bimbingan kepada murid.

-Berita Harian

Tags: KPMmuridProgram Lima Minit Antirokok/Vape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd