• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Lepas Sembunyi Di Kebun Sawit

oleh AK-47
23/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Lepas Sembunyi Di Kebun Sawit
Share on FacebookShare on Twitter

Seramai 57 ‘mat rempit’ sanggup menyerah diri kepada polis gara-gara hendak berhari raya selepas enam jam bersembunyi di dalam sebuah kebun kelapa sawit di KM7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat Kulai, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua penunggang motosikal yang terdiri daripada lelaki tempatan berusia 17 hingga 42 tahun itu bersembunyi di dalam kebun berkenaan sejak 3 pagi Sabtu.

Beliau berkata bagaimanapun seramai dua pegawai dan 13 anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) yang terlibat dalam operasi itu bertindak mengepung kawasan terbabit.

“Semasa operasi dijalankan, mat rempit ini bersembunyi di dalam kawasan kebun kelapa sawit dan cuba keluar melalui jalan tikus tetapi dikepung oleh pihak polis.

“Akhirnya pada 9 pagi, seorang demi seorang menyerah diri kerana buntu dan tidak tahan dengan keadaan dalam kebun sawit yang panas, ditambah ada yang menyatakan lapar dan rindu juadah hari raya pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, sebanyak 140 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan perlindungan insurans, lesen tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubah suai ekzos serta tidak memakai topi keledar.

Tok berkata sebanyak 39 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Malaysia Kini

Tags: Kebun SawitMat Rempitserah diri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

18,000 Hadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor

Next Post

1,147 Kemalangan Direkodkan Hari Ketiga Op Selamat 20

Related Posts

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

05/02/2025
0

BUTTERWORTH: Pemandu sebuah kereta mewah BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth...

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

Next Post
1,147 Kemalangan Direkodkan Hari Ketiga Op Selamat 20

1,147 Kemalangan Direkodkan Hari Ketiga Op Selamat 20

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd